Saturday, October 8, 2016

Nasi goreng kampung yang istimewa

 Nasi goreng kampung jer pun... tapi jadi istimewa sbb guna kangkung yang kak rose tanam sendiri dalam pasu ditaman sekangkang kera depan rumah ni... walaupun cuma dapat secekak, cukuplah untuk dua pinggan nasi goreng kampung untuk juadah keluarga kecil kami... tapi nasik goreng ni dah diderhakakan sbb ada tambah udang dalam tu... tak dak bilis dek allergic yang teruk.

 ni la serumpun pokok kangkung yang buat nasi goreng kampung kak rose jadi lebih istimewa... lepas tuai ni taruk baja lagi dan tambah merimbun subur pulak dia... mungkin nanti boleh tambah untuk menu yang lain pulak kan... resepi nasi goreng kampung kak rose...

bahan-bahan:
nasi putih ( 1 mangkuk)
sedikit udang
sedikit sos tiram
kangkung
garam
1 biji telor
minyak untuk menumis

bahan tumbuk
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili api (ikut suka la nak pedas mana)

cara-caranya:

1. tumis bawang merah yang ditumbuk bersama cili padi, bawang putih sehingga naik bau. masukkan udang dan goreng sebentar.
2. kemudian, masukkan sos tiram dan kangkung. Tunggu sehingga layu.
3. masukkan nasi putih dan gaul rata. perasakan nasi dengan garam.
4. pecahkan telur dan kacau.
5.gaul sebati dan siap dah!

1 comment:

  1. Salam kak ros.. mmg seronok kalau mkn hasil tanaman sendiri.. tun xleh makan kangkung, angin naik smp atas kepala nnti..

    ReplyDelete