Monday, October 31, 2016

Kuih puteri ayu

 tapi kejadian kuih kak rose tidaklah seayu namanya... kelapa pun tak de yang betul2 putih, so guna jer mana yang ada dan nampak sangatlah bintik2 black head kat puteri ayu tu.... kesian dia kan. kalau dapat kelapa yang muda dan bersih pasti akan menambah keayuan dan kegebuan kuih puteri ayu ni walaupun tak menggunakan ovelette tu. ia masih tetap gebus gitu..

resepi dari sonia, tapi yang ni dapat sikit jer, so kalau nak buat banyak kenalah double triplekan adunan tu ya..

1 egg ( large or A size)
50g caster sugar
75g self raising flour
60ml pandan coconut milk (blend 3pcs pandan leaves with coconut milk and strained)

Topping
30g fresh shredded coconut (from young coconut)
A pinch of fine salt
1/2tsp corn flour

Method

1. Mix the topping ingredients together and keep aside.
2. Brush the steaming moulds with some cooking oil, fill bottom of the mould with shredded coconut.
3. Stack 2 moulds together and press till shredded coconut is firmed.
4. Beat sugar and egg till thick and fluffy (about 4-5mins at medium speed with a handheld electric mixer).
5. Using the same handheld electric mixer, add in coconut milk, mix at low speed for 1sec.
6. Add in flour in two batches, mix over low speed till well combine.
7. Fill the sponge cake moulds with batter till full.
8. Prepare steamer, when water boil put in the mini sponge cake, steam for 15mins over high heat.
9. When cake turned slightly cool, remove the cake from the moulds.

Sunday, October 30, 2016

Mee hoon goreng tomyam

 mee hoon goreng tom yam yang kak rose buat sebelum berpergian selama seminggu tu... dan yang pasti tinggal gambar jer la kan... masak ni untuk dinner dan ada baki esok paginya just reheat dalam kuali n breakfast pun ready.... dah tambah sedap lagi sbb guna tom yam paste yang kak rose buat sendiri.... memang nyum nyum.. jom check resepinya yang kak rose cnp dari Nor Secubit Garam, mekasih ya Nor.


Mee hoon goreng tomyam
  • 1 bungkus mihun - rendam, bila lembut, toskan
  • 300gm udang
  • 200gm isi ayam
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 5 ulas bawang merah - dikisar
  • 2 batang serai - diketuk sedikit
  • 2 kiub perencah tomyam (maggi/knorr)(kak rose guna 2 sudu besar home made tom yam paste)
  • cili api - bagi yg mahukan lebih rasa pedas
  • 1 biji telur
  • 3 helai daun limau purut - dicarik2kan
  • sayur kobis - di potong pjg (halus)
  • carrot - dipotong pjg (spt btg mancis)
  • 2 biji tomato - dihiris nipis2
  • 1 mangkuk air - jika ingin mi basah lebihkan sukatan air
  • daun saderi 
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan serai hingga wangi. Masukkan ayam dan kacau.
  • Masukkan pula bawang merah yg telah dikisar dan perencah tomyam. Goreng sehingga pecah minyak.
  • Masukkan udang dan gorenglah sekejap baru masukkan telur
  • Masukkan air, garam dan gula secukup rasa. Untuk mendapatkan rasa yg lebih sedap bolehlah dibuat stok udang dengan merebus kepala dan kulit udang yg telah dibersihkan. Masak hingga mendidih dan masukkan sayur2an (kobis, carrot dan tomato yg telah dipotong) Masukkan juga daun limau purut yg telah dicarik2kan
  • Bila sayuran dah agak lembut, masukkan mihun tadi dan goreng hingga ramuan sebati dan mi menjadi lembut (Jika ingin mi yg basah lebihkan air/stok udang)
  • Hidangkan ke dalam pinggan dan taburkan dengan daun saderi yg telah dihiris halus

  • Saturday, October 29, 2016

    Seminggu berpergian...

     Friday to friday kak rose kak rose tak duk rumah.... berjalan merata ikut en asben mencari rezeki. ya la kerja tu kan mencari rezeki dan kak rose ni memang jenis takut nak tinggal kat rumah sorang2... so ikut membontot jer la... walaupun cuma duduk terperuk dalam bilik hotel pun tak per asalkan tak kena tinggal dirumah sorang2 kan...
     hari jumaat minggu lepas, di rumah peranginan batu feringghi... walaupun masih di pulau yang sama tapi sebab ada kerja hingga ke malam, jadi adalah lebih baik untuk ada tempat tido kan... dan kak rose pun boleh la lepak2 sepuasnya kat sini...  3 hari dua malam kat sini, kami balik kerumah di georgetown dansempat jugak bergotong royong mengacau bubur asyura petang tu.. esoknya berkemas pulak untuk ke Nilai..

    petang baru sampai di Nilai, dan terus check in kat hotel ni... walaupun hotel ni sangat simple, tapi occupying rate adalah hundred persen masa ni, and mostly foreigner.  may be sebab ada MotoGP race yang berlangsung kat Sepang International Circuit dan kebetulan hotel ni sangat dekat dengan SIC. dan oleh kerana kami booking lewat, so cuma boleh stay for 4 days and three nights... dan selepas tu terpaksa pindah ke KL pulak..

     the very simple bilik hotel with very minimum peralatan at rm145/- per night with breakfast. yang penting bilik air sangat selesa dan wifi connection adalah very strong.... I is sangat suka, walaupun seharian duk dalam bilik jer... cuma keluar waktu nak makan je!

     dah kena keluar dari Sri Enstek, kami ke Lanai Kijang pulak... nasib baik kerja dah abes... malam tu berarak ke sini pulak..tak pe lah, at least shorten the way nak balik penang kan..

    Accomodation yang sangat selesa untuk merehatkan diri setelah berpenat mencari rezeki sepanjang minggu... dan pagi semalam check-out dan balik penang...

    check-out dan bye bye KL.... ada rezeki kami datang lagi...

    Friday, October 28, 2016

    Sambal sadin sedap

     Sadin dah mahal! rm8.50 satu tin... apa kan daya kita rakyat marhaen, kena beli jugak la.. masak sambal dan makan dengan nasik panas2 berulamkan salad sempoi pun dah cukup lah... tak perlu lauk banyak2, kena berjimat ya dak.

    meh masak sendiri sadin ni.... mekasih Ros kongsikan resepinya.

    Bahan-bahannya

    1 tin ( saiz sederhana) sardin - guna ayam brand
    4 sudu besar bahan kisar ( 4 tangkai cili kering+bawang putih+bawang merah@bawang besar)
    sedikit air
    1 keping asam gelugor
    secubit garam
    1 biji tomato dibelah 4 atau enam bahagian
    1/2 biji bawang besar dihiris kasar
    sedikit minyak untuk menumis dan menggoreng ikan sardin
    1 biji cili padi dihiris halus
    sebiji kentang, potong baji dan goreng dulu - kak rose tambah
    (sedikit halia - yg ni kak rose tambah)

    cara-caranya

    1. Keluarkan ikan sardin di dalam tin dan asingkan ikan dan kuahnya, kemudian ikan di belah dua dan buangkan tulang di dalam ikan itu.
    2. Panaskan sedikit minyak dan goreng ikan sardin tu sebentar, kuantiti minyak jangan banyak sangat ya, agak-agaklah sebab minyak menggoreng ikan sardin ini akan digunakan semula untuk menumis bahan sambalnye nanti.
    3 Goreng ikan sardin sebentar, pastikan api jangan terlalu besar, api sederhana, balik-balikkan ikan dan bila nampak ikan agak garing sedikit permukaanye angkat dan ketepikan.
    4. Di dalam kuali yang sama dan minyak yang sama, tumiskan bahan kisar hingga naik bau dan masukkan kuah sardin tadi, masukkan juga sedikit air, biarkan agak mereneh baru masukkan ikan sardin yang digoreng tadi bersama asam gelugor, hirisan cili padi, hirisan tomato, kentang dan hirisan bawang besar kacau sebati, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam.
    5. Setelah bawang dan tomato layu, tutup api dan sedia untuk dihidangkan panas-panas bersama nasi putih.

    Thursday, October 27, 2016

    Kek pisang simple

     buat kek pisang simple ni untuk anak2 kawan yang main kat taman masa petang2 hari...1st kak rose buat satu loyang, tak cukup pulak sebab ramai kan... so gigih la kak rose g ke rope walk beli pisang emas untuk nak buat kek ni lagi... dan bila petang tu bawak keluar dua loyang sekali, berebut2 la depa ni makan...siapkan dengan air teh o dan satu bekas beso keropok yang freshly goreng. lagi la happy derang makan sampai puas... mak mak pun jon sekali makan sambil gebang2 petang...kak rose lagi happy sebab budak2 dan mak2 budak ni makan sampai habis. Alhamdulillah, kongsi2 rezeki.

    resepi kek pisang simple ni..

    Bahan2

    1 3/4 tepung gandum
    1/4 caw tepung jagung
    1 caw gula
    3 biji telor (kak rose guna 2 biji je gred A)
    4 biji pisang
    1 caw minyak
    1 cmt soda baikabonat
    secubit garam

    cara:

    Lenyek pisang. Pukul telor dan gula hingga kembang, masukkan tepung gandum, tepung jagung yang telah diayak bersama soda. sebatikan, masukkan pisang, garam dan minyak, sebatikan. Bakar dengan api kecil lebih kurang 1 jam....

     makan lah puas anak2... nanti tahun depan mama rose tak dapat nak buat lagi macam ni!

    Wednesday, October 26, 2016

    bukan tamak ya!

    .... tapi bli masa ada offer.

    Tuesday, October 25, 2016

    Spaghetti n meatballs

     Dah makan meatballs dengan fries n dayang2 pengiringnya, kali ni gandingkan pulak dengan spaghetti... makan hangat2 memang sangat umph lah... memang sangat mengenyangkan... dan kalau buat sendiri ni, memang nak menambah2 jer waktu makan tu. aci tak? sendiri buat dan ikut tekak kita, jadi jangan salahkan resepi kalau kita asik nak menambah!

     mudah jer nak sediakan ni..

    goreng meatball secukupnya,
    rebus spaghetti ikut arahan pada packet
    dan sediakan gravy..
    kak rose kongsikan resepi gravy yang sedap ni ya... mekasih Nina kongsikan resepinya ya.

      Sauce Gravy 
    2 sudu butter
    1 1/2 sudu tepung gandum
    1 biji bawang besar kuning - didadu kecil
    2 biji tomato sederhana besar - didadu kecil
    1 1/2 cwn air sejuk
    100 ml susu segar/susu cair
    3 sudu sos tomato
    3 sudu sos tiram
    2 sudu kicap manis
    2 sudu sos lada hitam/serbuk lada hitam
    1 kiub pati ayam
    1 sudu gula
    serbuk beef gravy segera/1 kiub pati daging



    Cara penyediannya

    1-  Cairkan butter guna api perlahan. Tumis bawang hingga bawang layu dan warna kecoklatan. jgn sampai garing.
    2-  Masukkan tepung gandum. Kacau hingga berubah warna sedikit coklat. masukkan tomato dan biar hingga tomato layu.
    3-  Masukkan air sejuk, susu segar, sos tomato, sos tiram, kicap manis, sos lada hitam, kiub ayam, gula dan beef gravy. Kcau rata dan biar sampai mendidih.
    4-  Sentiasa kacau bagi tak berketul. Perasakan dgn garam jika terasa tawar. 



    Kalau kuah terlalu pekat, campurkan sedikit air, dan jika cair, tambah sedikit air tepung jagung.
    5-  Kacau sebati. Tutup api, blender gravy tadi hingga halus. Tuang semula dalam periuk dan didihkan sebentar. Kacau sentiasa. Apabila sudah mendidih, tutup api dan tuang atas meatball. yummy!

    Monday, October 24, 2016

    Muffin roti sadin

     Muffin roti sadin yang sedap!

     muffin roti dari ilham Maz Ilham Dapur.... asalnya bingka roti berlauk tapi telah diubah suai menjadi muffin... lebih cantik dan mudah jugak nak ngapnya... cumanya kak rose tak guna pan yang nonstick, jadi lekatlah pulak muffin ni kat acuan tu... serabai la jadinya muffin kak rose ni. kalau nak tengok asal kejadian yang sangat cantik boleh lah jenguk kat blog Maz tu ya..

     walaupun serabai tapi rasa tetap lah umph, apa lagi bila bubuh isi sadin tu banyak2 hingga membuak isinya masa bakar... jom tengok resepinya...



    MUFFIN ROTI SARDIN

     Bahan-bahan (6 biji) 5 roti keping - koyak-koyak
    1 tin sardin kecil - amik ikan saja
    1/2 labu bawang besar - hiris nipis
    200lm susu segar
    2 biji telur - kocok dengan garfu
    1 sudu kecil minyak zaitun
    sedikit cili merah hiris
    sedikit daun bawang cincang
    sedikit garam


    MUFFIN ROTI SARDIN by http://ilhamdapur.blogspot.com Bahan-bahan (6 biji) 5 roti keping - koyak-koyak 1 tin sardin kecil - amik ikan saja 1/2 labu bawang besar - hiris nipis 200lm susu segar 2 biji telur - kocok dengan garfu 1 sudu kecil minyak zaitun sedikit cili merah hiris sedikit daun bawang cincang sedikit garam

    Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef


    Cara

    1. Panaskan oven suhu 180 C, sapu sedikit mentega pada acuan muffin.
    2. Panaskan minyak, masukkan bawang dan masak sekejap, kemudian masukkan sardin (ikan saja), tekan dengan garfu sekadar isinya berderai, padamkan api.
    3. Sebatikan telur, susu dan sedikit garam, tuang atas roti, masukkan cili merah dan daun bawang, sebatikan.
    4. Isi separuh acuan muffin dengan roti, kemudian masukkan sardin, tutup pula dengan roti dan atasnya letak sedikit sardin lagi.
    5. Bakar selama 20-25 minit atau hingga perang, sedia untuk dihidang ketika masih panas bersama sos pilihan

    Sunday, October 23, 2016

    Go vegetarian


     Vegetarian lah sangat!... sebenarnya bila tak rajin nak masak sayur mayur, simple salad macam ni dah cukup untuk kami makan dengan lauk yang lain... walaupun tak de sambal, just makan macam tu jer pun ok dah... timun potong2 n iceberg salad, dadukan sikit cili merah untuk tabur diatas... salad ready to serve... nyum nyum..

    iceberg salad n honey cherry tomatoes yang manis... tak de rasa macam tomato pun...kak rose makan dengan ikan masin. sedap! mesti tak de orang buat macam kak rose kan?

    Saturday, October 22, 2016

    Weekend getaway

     short weekend getaway sambil en asben ade kerja kat sini...

     the beach....

     ada tambak tengah buat pulak kat sini...


    cameraman captured!

    Friday, October 21, 2016

    7 tahun Seripayaku


    Selamat ulangtahun ke 7, Seripayaku.blogspot.my
     

    Selamat ulang tahun buat Seripaya.blogspot.com... tak sangka boleh bertahan hingga sekarang, walaupun suam2 kuku, hidup segan mati tak mahu... akhirnya dapat juga sambut ulangtahun yang ke 7... kalau anak dah nak masuk sekolah tahun satu kan... tapi dapur maya kak rose ni tetap juga dengan merapu merabannya...asalkan kita tak cilok orang punya hasil kerja tangan kan.. tahun  pertama bermula di Langkawi, dan berpindah ke Shah Alam, now in Penang n by year end akan ke Shah Alam semula.... apa pun semuga Seripayaku ni akan terus bertahan, Insya Allah.

    terima kasih banyak2 pada sifu masak2 yang banyak memberikan panduan untuk kak rose nak hidupkan blog ni. terima kasih kerana kongsikan resepi yang sedap2 untuk orang tak pandai masak ni untuk belajar, terima kasih semua... semuga Seripayaku.blogspot.my akan terus dapat tempat utama dihati kak rose walaupun dengan resepi yang sama berulang2... hehehe.

    Thursday, October 20, 2016

    Pichi pichi

     pichi pichi kamoteng kahoy.. itu lah nama filipino dessert ni... kak rose pun tak tahu tapi itulah yang copy jer dari blog Maz Ilham dapur... nampak cantik sangat tu yang gigih mencari ubi kayu semata nak buat dessert ni... pada sapa yang suka kuih berasaskan ubi, pasti suka dengan pichi pichi ni... lemak manis dan terasa sangat dengan ubinya... orang v macam kak rose memang suka... tapi en asben dan anak asal dengan jer ubi, mama ni macam zaman jepun katanya... ishhhh!!! punya lah susah nak dapatkan ubi yang empuk gebus ni..

     meh kak rose kongsikan resepinya, mekasih ya Maz... mintak izin nak tepek kat sini.

    PICHI PICHI (KAMOTENG KAHOY) 
    by http://ilhamdapur.blogspot.com
      Bahan-bahan
    • 300g ubu kayu (timbang yg dah dikupas kulit) - dipotong kecil dan buang uratnya
    • 1/2 cawan air - untuk kisar ubi
    • 50ml santan cair
    • 100g gula
    • secubit garam
    • sedikit pewarna hijau @ warna pilihan
    • kelapa parut secukupnya+garam sikit
    Cara

    1. Kisar ubi kayu dengan air, kisar tu jangan terlalu lumat sangat, biar kasar-kasar sikit macam pasir halus gitu.
    2. Tuang dalam penapis biar air sejat sikit, tak perlu tekan letak gitu je sekejap.
    3. Satukan semua bahan lain kecuali kelapa parut dan kacau sebati.
    4. Tuang dalam bekas yang disapu dengan sedikit minyak dan kukus selama 20-25 minit (balut tutup pengukus dengan tuala/kain).
    5. Keluarkan dari pengukus dan sejukkan betul-betul baru dipotong dan golek dalam kelapa parut.

    Wednesday, October 19, 2016

    Jom kita cuba...

     Juice for healthy lifestyle
    Asalamualaikum kawan kawan semua.... semuga semua sihat2 saja dan kalau kurang sihat tu apa kata kita cuba buat bermacam2 juice untuk berbagai keadaan ni... dapat ni dari perkongsian di fb, cantik dan semuga memberi manafaat buat yang ingin mencubanya... berkesan atau tidak, kena lah mencubanya ya dak... tapi yang for stress tu, camner nak juicekan pisang tu agaknya ya... kalau smoothie tu mungkin jugak lakan...apa pun selamat mencuba ya kawan2