Tuesday, August 9, 2016

Lomak cili api tolo itik

 Asal beli tolo itik mesti nak buat gulai lomak ni... pebret sangat bila digandingkan dengan ikan masin, memang bertambah2 nasik dibuatnya... tak teringat lah segala lemak yang sudah melekat bertepek sekian lama dibadan, masih jugak nak ditambahkannya... tapi apa lah salahnya sesekali makan masak lemak cili api yang kaw kaw lemaknya ni kan... masak cenggini kalau tak pokat lomak tu memang tak sah... dah terikut2 stail orang nogori la ni...

 memang resepi pun cilok dari Ninie, yang banyak memasak style nogori semilan tu... dan kak ni pernah duduk dengan kakak angkat yang berasal dari negeri sembilan, jadi memang terikut2 cara masak derang ni.... terima kasih Kak Jam yang banyak perkenalkan tentang masakkan ns... dan salah satunya lomak tolo itik ni la... sodap ya amat!

bahan2


6 biji telur itik - boleh tambah
5 cawan santan - kalau kurang boleh tambah
1 helai daun kunyit
1 batang serai - saiz besar
Garam secukup rasa
kacang panjang - yg ni kak rose tambah

bahan2 ditumbuk lumat:

10 biji cili api- kak rose guna 4 biji jer.
1 inci kunyit hidup
sedikit garam - secukupnya

cara memasak:

1. Bersihkan kunyit hidup , cili api dan ditumbuk lumat bersama garam . Masukkan semua santan dengan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama daun kunyit dan serai . Gaul semua bahan dan masak sampai kuah santan mendidih .

2. Pecahkan sebiji2 telor dalam mangkuk berasingan dan masukkan dalam periuk sebiji2 jugak hingga habis. perlahankan api dan tutup periuk. selepas 3-4 minit buka tutup periuk dan kacau perlahan2... jika telur dah keras boleh kacau perlahan2 dan pastikan telor tidak melekat didasar periuk. perasakan gulai dan bila telor dah cukup masak boleh la padam kan api dapur.

puas dapat makan masak lomak cili api tolo itik ni... gunakan santan fresh untuk dapatkan rasa manis santan dan yang pastunya sangat sedap bila digandingkan dengan ikan masin... gluppppp!

4 comments:

  1. salam kenal...

    alahai... sedapnya masal lemak telur itik... saya sgt suka menu ni...

    ReplyDelete
  2. Sodapnye.
    Kalau boleh telur setengah masak aje.
    Ratah Xingat nasi.

    ReplyDelete
  3. x pernah masak tp kalau g rumah orang.. makan ajer..

    ReplyDelete