Selamat pagi dan salam hujung minggu ya kawan2... semuga semuanya sihat dan ceria selepas sebulan berhari raya. tapi kak rose belum dapat mulakan rutin ber brisk walk pepagi tu.... bila dah lama berehat, memang susah sangat nak mulakan rutin harian tu. kena paksa baru boleh jalan kot.. apa punya alasan la kan... apa pun nak cerita hari minggu lepas, hujung minggu terakhir bulan syawal baru dapat menjamu kawan dengan open house kecil2an jer... buat mana yang terdaya, maklumlah tak de assistant nak menyediakan yang semuanya from stratch.. soto nasi dan mee hoon dan lontong jer pun, tapi memang renyah nak sediakan dia punya mak nenek dayang 2 tu... begedil, sambal kicap, kacang goreng, sohon goreng, bawang goreng, daun sup n tauge... yang paling mencabar nak carik2 ayam dan buat begedil tu kak rose sediakan sehari awal n frozenkan... begitu juga dengan sohon dan kacang goreng tu... walaupun penat, tapi sangat puas hati bila dapat feedback yang bagus dari tamu yang datang.
lontong pun kak rose buat from stratch... even nasi impit pun buat sendiri. yang ni tak renyah nak sediakan, cumanya nak kena potong segala sayur mayur tu, kubis panjang, sengkuang, kacang panjang, carrot, tempe goreng kejap, sohon dan tauhu kering... dan malam tu kak rose siang dan potong segala sayur tu, so esok paginya cuma nak masakkan kuah tu jer. dan malam tu jugak kak rose rebuskan nasi impit supaya nanti sejuk sepenuhnya dan elok jer bila dipotong... sambal tumis udang kering pun kak rose sediakan earlier.. habis licin semuanya, Alhamdulillah tetamu suka dengan lontong sempoi kak rose. ada jugak yang bertanya kenapa kak rose tak buat laksa johor lagi.... adoiiii la, baru minggu lepas buat untuk potluck tu, tak puas makan katanya.
pagi sebelum masak kuah lontong, godek2 buat kek marble kopi n susu ni...
dalam oben ada bako kek, atas dapo ade buat kuih seri muka ni... kira dapo kena paksa kerja keras la pagi tu...
pas tu sempat juga sediakan puding roti marble ni..
jajan untuk budak2... dan juga baki2 cookies raya..
sebahagian nasi impit yang kak rose buat from stratch... guna hd plastic dan jahitkan plastic tu. selesai sudah raya kali ni... ada rezeki nanti raya haji pulak kita buat makan2 lagi... ada yang dah bagi hint nak makan laksa johor lagi!
sedap2nya
ReplyDelete