Saturday, June 18, 2016

Sayur cendawan+brokoli sos tiram

 
bulan puasa ni asik nak selongkar dapo orang jer... cari resepi sayur mayur yang sedap2 tapi dengan syarat ada lah bahannya kat rumah kan... maklumlah kak rose ni seminggu sekali jer buat marketing... so stok memang kena sentiasa ada... so keyword nak cari resepi ni.... cendawan brokoli, dan keluarlah bermacam2 versi...dan yang sangat menarik pandangan mata resepi dari Sheila Rusly ni... so kak rose pun cuba buat macam tu la... walaupun tak secantik dia punya tapi rasa memang sangat umphhhh gitu. meh kak rose kongsikan resepinya..

Bahan:

bebrapa floret brokoli
cendawan, kak rose guna cendawan tiram
1 sudu minyak masak
2 sudu sos tiram
1 sudu kicap
2 ulas bawang putih - diketuk
sedikit udang
carrot dan cili merah - yg ni kak rose tambah

Cara:

 Rebus brokoli sekejap dan toskan. ketepikan
Untuk sos... tumiskan bawang putih, masukkan udang dan semua sos tadi...tambah sedikit air.
masak hingga mendidih dan perisakan
masukkan cendawan dan sayur yang telah dicelur tadi.
gaulkan sekejap dan angkat.... siap dah. mudah kan!



No comments:

Post a Comment