Sunday, June 5, 2016

Cucur badak tembam

 cucur badak, sesuai dengan namanya... kejadiannya pun tembam gumuks2 macam badak. tu la namanya nak buat kerja yang cepat jer... memang la kalau buat beso2 cenggini cepat jer siapnya dan... makan dua biji pun dah kenyang kan.... kawan2 jangan ikut perangai macam kak rose ni tau... tapi walaupun rupanya sangatlah hazab, tang rasa tu memang mabeles.... apa lagi dengan serunding yang ada masin manis dan pedas tu...wah!!! sendiri buat sendiri pujikan..

resepi yang pernah kak rose tepek kat dapo maya kak rose... mekasih pada Ummi yang kongsikan resepi ni..... nanti kalau ade stok keledek, boleh la buat untuk juadah berbuka pulak kan...

Bahan-bahan:- ( anggaran 16 biji )
  • 500 gm ubi keledek ( kalau color merah lagi sedap)
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung kanji
bahan2 untuk inti:-
  • 1/3 biji kelapa parut
  • 1 btg serai
  • 2 sudu besar udang kering
  • 3 tangkai cili kering
  • sebiji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit air asam jawa
  • 1 sudu gula
  • garam secukupnya
Cara-Cara:-
  1. Rebus ubi sampai empuk, angkat dan tos kan, terus lecek2 kan ubi tu masa tengah panas
    lepas dah sejuk boleh letak tepung dan gaul2 rata.
  2. Ambik sedikit doh dan buat bulat2, kemudian leperkan pada tapak tangan dan isi inti.
  3. Lepas tu bulat2 kan kasi cantik, letak kueh yg dah siap atas dulang yg telah ditaburkan dengan tepung utk elak kan dia melekat bila diangkat nanti.
  4. selepas siap, goreng kueh dengan api sederhana. selalu balik2 kan kueh agar kueh masak sekata. bila kekuningan boleh lah diangkat.
Cara Membuat Inti:-
  1. Cili kering, bawang besar dan putih, udang kering, serai hendaklah dikisar halus.
  2. Campurkan kelapa dengan bahan kisar, sedikit perahan air asam jawa, gula dan garam secukupnya. gaul sebati dan goreng dalam kuali tanpa minyak hingga inti masak.
nota: jgn risau kalau doh tu rasa melekat2, takyah tambah tepung.memang doh tu akan melekat sikit masa kita nak bulat2kan kueh. (kak rose sapu minyak pada tapak tangan supaya x lekat)

No comments:

Post a Comment