untuk kawan2 yang nak mencuba buat roti jala, sangatlah disyorkan guna resepi ni...
Roti Jala
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning
Cara-cara:
Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau
nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke
dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala
menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat.
Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.
Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.
belum pernah menjala ni kakrose macam teringinnn je lah
ReplyDeletesedapni makan sejuk2
Noor, jauh2 pun nak menjala jugak ya..
ReplyDeletewah roti jala. bulan puasa nanti kena beli ni. hehe. dah lama teringin nak makan.
ReplyDelete[Jemput ke blog saya untuk tips Kerja Part Time Online]