Monday, May 23, 2016

Mee udang sedap

 bila terasa nak makan mee udang, kena lah merajinkan diri buar sendiri kan... since bahan2 pun  dah ada kita on kan je la... sendiri nak makan, sendiri buat baru puas hati... ikut tekak dan selera sendiri...  dan bila dah buat tu, boleh lah makan berulang2 sampai rasa tak mau lagi dah.... tu akk rose ler! kak rose ni tak tahan pedas, so kalau nak makan pedas kak rose buat sambal cili untuk digandingkan dengan mee udang ni..

 nasib baik dapat udang yang agak beso kat kedai tu... rm30/kg fresh n kasar2 udangnya... beli memang nak sangat untuk buat mee udang ni... ya lah kalau makan kat kedai, 2 ekor udang cam ni pun depa dah charge berbelas hengget kan...so kalau nak jimat, kena rajin la!

resepi mee udang kak rose copy dari blog Azie, mekasih ya. mohon izin nak kongsikan kat sini lak..

Mee Udang Sedap 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
6 ekor udang besar (ikut suka)
6 ekor udang kecil buang kulit
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar cili kisar
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2 biji tomato buah
1 biji ubi kentang - rebus
Garam, gula, serbuk perasa
sos tomato
sos cili
fish cake, yg ni kak rose tambah

Bahan hiasan:
telur - rebus
sawi - celur
cili merah - hiris
bawang goreng
daun bawang - hiris
Mee - celur 


Cara cara:
 
Blend bawang putih dan bawang merah hingga halus dan tumis dalam minyak yang panas hingga wangi. Masukkan cili kisar dan goreng hingga garing.
Sementara itu, ubi kentang direbus sekejap dan di kisar bersama udang kecil, udang kering yang ditumbuk terlebih dahulu, tomato buah hingga halus.
Masukkan bahan blend ini ke dalam kuali bersama bahan tumis tadi.  
Masukkan air dan masak hingga mendidih dan sesuaikan kepekatannya. Masukkan sos tomato, sos cili, gula, garam dan serbuk perasa. 
Masukkan udang atau boleh juga diletakkan sekali sotong hiris jika mahu. Boleh diangkat dan hidang.
Ada juga yang masukkan fish ball sebagai bahan rencah mee udang. ikut suka masing masing.
Masukkan mee yang dicelur ke dalam pinggan dan sendukkan kuah ke dalamnya. Kemudian letakkan bahan bahan hiasan yang disukai

2 comments:

  1. menyelerakan sungguh mee udang tu kak rose

    ReplyDelete
  2. Aduh meleleh air liur tengok mee udang kak rose..
    Kalau dekat macam kat shah alam tu hari..
    dah hulur pinggan ni..
    Nampaknya kena rajin juga macam kak rose :)

    ReplyDelete