Tuesday, May 17, 2016

kentang wedges

 kentang wedges bodo2...  bila tak tau dah nak masak apa, kita sebagai SAHM ni kena lah keratif kan... tengok apa yang ade didapo... atau kadang2 tu selongkar peti ajaib cari segala mak nenek yang ada dalam tu... dan kali ni kebetulan ada beli kentang yang beso2 saiznya... tapi ni cuma kentang biasa saja bukan yang russet tu.... apa pun memang lembut sangat bila buat wedges ni... sebesen beso pun sekejap jer abes buat kami tiga beranak...

orang tak rajin macam kak rose memang nak buat yang mudah2 saja kan... so kentang ni kak rose rebus sekejap dalam magic pan dan toskan... masukkan tepung serbaguna bestari dalam bekas bertutup, masuk kentang tadi dan goncangkan hingga semua bersalut... dan ready boleh goreng dah. sedap makan masa hangat2 ciciah dengan sos cili dan mayo.... selamat hidangan minum petang kami.

pernah jugak yang buat from stratch... yang ni pun sedap gak. tapi kalau tak rajin nak buat cam ner kan....

Bahan-bahan ( 2 orang )
2 biji kentang saiz XL - potong berbaji
2 sudu teh serbuk lada hitam l
1 sudu teh serbuk cili
1 biji putih telur - dikocok 
Tepung gandum secukupnya untuk salut
Garam
Cara-cara
kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.
Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.

Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang. 
Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
Hidangkan panas² bersama sos cheesy wedges, thousand island & mayonis.

No comments:

Post a Comment