Tuesday, May 31, 2016

Balik sudah....

 Asalamaulaikum dan selamat pagi kawan2 semua... lima hari kak rose g jalan2 dan balik kampung.. dan semalam sampai lah semula ke sarangdi Penang ni... berat hati jer rasanya bila nak balik kesini.. apa lagi bila tengok keadaan mak yang masih tak berapa sihat.. tapi apakan daya yang kat rumah ni pun perlukan perhatian... kalau lah boleh berbagi kan...betapa tugas sebagai anak, isteri dan ibu... tiada penghujungnya.

 14k feet above the sea level.....
 
dengan reluctant, tinggalkan emak dengan doa yang beribu kali semuga emak kembali sihat... kak rose terbang balik ke sarang..

refreshment dalam flight... kak rose suka dengan biskut mefar ni....

Monday, May 30, 2016

Casuarina Meru, Ipoh

 cerita dah lama tapi nak jugak tepek kat sini... ni masa kami g family day di lost world of tambun ari tu... balik dah petang, so daripada tak larat nak drive singgah lah bermalam kat sini. penginapan di taja oleh tempat keja en asben... so duduk free je. hotel baru dengan kawasan sekitar masih dalam pembinaan tapi dengan nama yang lama... cuma tambah meru dibelakangnya.... dulu... laaaaama dulu pernah menginap di casuarina ipoh yang dah tinggal nama jer sekarang ni..

 lorong diantara bilik studio suite ditingkat 10..

 bilik yang sangat luas dan selesa.... tapi mengadap bulatan round about dan persekitaran yang yang masih dalam pembinaan.. pokok pokok hiasan pun baru nak tumbuh daun...


 
 ruang rehat yang luas jugak.... beasingan dengan bedroom tu...

 
 bathroom... kemas dan selesa..

 another tv di bilik tido...

 
 kopi pun brand sendiri... Casuarina meru 3in1 white coffee

 salah satu ruang untuk gebang2 ditingkat bawah..

 pandangan dari first floor.... with photos of the Agong, Sultan, MB n the PM

another bunga di lobby, heading to the cafe... overall puas hati stay kat sini... cuma ade satu jer yang kurengg.... since kami dah lewat dan memang tak bercadang nak keluar lagi, so we asked for praying mat kat kaunter ... katanya sakan dihantar sebentar lagi... tunggu punya tunggu punya tunggu, sampai kami balik esok paginya.... nan hado! sabo jer la, yoep!

Sunday, May 29, 2016

Saya ov baru belajar...


saya budak, kalau salah tolong tunjukkan... eh bukan budak da.... ov or orang veteran yang baru nak belajar... jadi jangan kecam saya ya... dan ni kak rose dapat dari perkongsian kat wall fb, jadi mana yang elok kita amik la... dapat jugak sedikit pencerahan untuk ov yang buta it macam kak rose ni kan... kalau guna word ni mmg kak rose kurang sket, tapi kalau excel tu kira bole la guna formula bagai sbb masa keja dulu mg banyak guna excel jer! ketinggalan ketapi sungguh kak rose ni kan... tapi bak kata my former boss yang ada PHD, learning process never end, walaupun dia dah tua beruban, "I'm still learning", katanya.

meh kita cuba..... seripayaku.blogspot.my®.  wah dah menjadi, sukanya hati berbunga2 nak mencuba yang lain juga... selalu cuma guna simbol yang ada kat keyboard jer, maklumlah tersangat buta it kali ni kita cuba yg tersoro pulak..

terima kasih pada yang sudi kongsikan, dapat jugak kak rose belajar buat symbol dari key yang tersorok ni kan... actually tersangatlah banyak shortcut keys yang kita boleh dapat dari komputer ni... cumanya rajin ke idok nak explore dan yang penting kita kena praktikkan... baru lah tak lupa. selamat belajar buat diri sendiri... hihihi

**kak rose nak tambah sket untuk peringatan diri sendiri yg buta it nih.... shortcut key untuk kuasa dua (²)

untuk desktop -----> Alt + 253 = ²
untuk laptop pulak -----> Fn + Alt + K + I + L (puas ku cari , rupanya desktop x de Fn key) betapa butanya la kan... nasib baik en asben bukak lappy dia n tunjuk  ☺☺☺☻☻☻☻

Saturday, May 28, 2016

Dulang Tea House

nak sambung kisah berjimba jimba di taman tema lost world of tambun lagi... walaupun dah berlalu tapi nak jugak abadikan kat sini untuk kenangan masa nanti nanti....ya la bukan selalu dapat masuk kat sini kan... dan tak lepas peluang nak minum kat cafe yang bagai terletak dipintu masuk kedalam gua...setting dan kemasan cafe ni macam masa dulu2 masa kerja2 mendulang bijih timah dilombong gitu.
 signboard untuk menu dipintu masuk kedalam cafe ni... en asben laju jer nak ke sini!

 the specialty of this cafe.... roasted rice tea. pertama kali merasa teh beras bakar ni... no bad la rasa dia... agaknya nanti kita pun boleh buat sendiri kot.... kalau rajin la kan!

 kopi kampung yang sedap.... dituang dari cerek kampung yang beso tu! masa minum ni terus teringat sangat pada arwah nyai yang buat sendiri kopi untuk minum seharian kami... dari biji hinggalah menjadi serbuk kopi, semuanya dibuat sendiri. paling best masa menumbuk, kita cucu2 ni suka menyibuk, habis hitam semua kaki tangan muka semua... rindunya saat itu, Al-Fatihah buat arwah nyai hajah Monjiah bte Abdul Salam.

 toast yang dihidang dalam piring ayan yang dah sompek2 bersama kari ayam... kari tu rasa so so aje, tapi roti tu memang lembut sangat... katanya dibuat sendiri oleh pihak cafe.  roti ni ada jugak yang dihidang bersama pandan kaya... en asben kata sedap.... ya lah lapo, apa pun sedap la kan...3 menu ni jer yang kak rose mencuba. ada jugak disediakan telur ayam kampung yang direbus diatas meja serving tu... en asben ada makan tu, kecik2 cenonet jer telur tu.

 interior dalam cafe yang seakan dipintu masuk gua. dan dibelakang tu galleria yang menempatkan replica pekerja lombong tengah mendulang... ada banyak jugak replica peralatan mendulang dalam tu, tapi tak dapat nak snap gambo sbb semuanya dibalik cermin..

dan tv lama yang masih elok berfungsi... dan yang ni nampaknya gambar hitam putih jer, tak taulah betul2 tv lama atau casing jer yang lama? teringat pulak tv kat rumah nyai, kena bukak tingkap dulu baru on kan... pas tu lamaaaaa baru lah kuor gambar tu... kenangan sungguh kan.

Friday, May 27, 2016

Jus apple dan celery



Asalamaulaikum dan salam jumaat... semuga kita semua sentiasa dalam Rahmat Nya, Aamiin. dan pagi ni kak rose nak kongsikan juice apple n celery yang pertama kali kak rose buat ni... ni pun sebab kepala rasa sangat neng nong sejak sehari sebelumnya... dan mencari alternatif instead of makan ubat or panadol kan...  kebetulan stok ada, so just blend n minum... harap dapt mengurangkan pening kepala tu kan... dah makan sebiji ubat yang all this while cuma makan separuh jer pun masih tak selesa rasanya...



 pagi tu punya bp reading... entahkan sbb ni kot yang buat kepala jadi neng nong tu... nasib baik ade cik google, cari jer petua untuk nak turunkan bacaan darah tinggi... bermacam petua yang keluar... dan ini salah satunya... meh la kita mencubanya.... kita berusaha dan bertawakal, Insya Allah dengan izinya akan diberikan kesembuhan nanti...

 

Ok...jom kita baca tentng khasiat-khasiat, kelebihan dan kebaikkan yang terdapat di dalam epal hijau dan batang saleri ini.Mencegah lebih baik daripada merawat, itulah pesanan orang tua-tua. Ini dapat membantu dalam proses pembuangan toksid atau membersihkan usus, Amalkan meminumnya setiap pagi ketika perut kosong. tapi kak rose minum selepas sarapan.. next time boleh la ikut cara yang betul kan...

Khasiat buah epal yang masam baik membersihkan usus dan melawaskan pembuangan air besar. kepada mereka yang ingin berdiet....turut boleh mengamalkan.
Khasiat epal hijau ini mampu mengurangkan pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah. selain itu ia mampu mengurangkan risiko penyakit jantung. Ia juga dapat membantu kesihatan membran paru-paru, membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang, membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah dan membantu mengekalkan berat badan. Selain itu mampu mengurangkan tekanan penyakit asma dan mengurangkan risiko barah.
Selain itu juga, epal hijau juga mampu bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Hanya dengan memotong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

Khasiat Celery:  merupakan sejenis sayur berbatang lembut, kaya dengan zat besi, kalsium, foforus, sodium, vitamin A, B-Komplek dan C. la juga dikenali sebagai Opium gravelens dan berasal dari keluarga dula umbelliferae yang  merupakan penawar dalam amalan perubatan tradisonal untuk menurunkan tekanan darah tinggi . Amalan memakannya mampu menghilangkan pening- pening dan sakit kepala yang berpunca daripada tekanan darah tinggi. sumber kak rose amik dari sini.

Thursday, May 26, 2016

Tiga tahun lagi....

 semalam kak rose meluangkan masa menjengukkan diri ke pejabat Great Eastern Life... pertama kali nak check sejak amik insurance untuk anak pada 1999... nama pun masih guna nama mamanya sbb masa tu dia baru 6 tahun... so sekarang dah besar bujang, kalau boleh biarlah atas nama dia insurance ni... eh, tak boleh pulak... continue dengan nama mama hingga matang ie tiga tahun lagi lorrrr..

 orang ramai dengan berbagai urusan, tapi kaunter pun banyak... jadi tak la lama menunggu..

tapi yang ni kena tunggu hingga tiga tahun lagi baru boleh amik hasilnya.... sabo ya busu!

 pas dah settel semua terus g lunch kat Simple Cafe... ada banyak menu western yang sedap2 tapi tekak jawa ni nak jugak makan nasik dengan pegedil... n iced lemon tea yang sedap sangat. tak pulak amik gamba yang dua orang bodyguard kak rose tu makan... cafe ni la tempat lunch en asben for most of the day, sbb tak jauh dari office dan hidangan pun banyak variety.... boleh tukar2 selera...

banyak quote tergantung kat merata cafe ni.... bestkan... sambil menikmati hidangan sambil mata liar baca quote yang best ni...
ini jugak.... dan ada banyak lagi... kalau nak tengok kena lah datang dan makan kat sini kan...

Wednesday, May 25, 2016

Togel itu apa?


 STOP IT!
 STICKY ENTRY untuk yang suka post comments cam ni kat blog!

untuk pengetahuan tuan2, saya tidak pernah tau dan tak pernah nak ambil tahu apa itu togel dan yang penting saya tidak pernah pelukan itu semua.. u are not welcome to my blog. tq

kawan kawan pernah dapat comments macam ni ker?... tolonggggg!!!

 


Grrrrrr.... my blood go up stairs already!

Makan sebiji sehari

 inikah sebabnya?

all this while makan setengah biji jer!

Tuesday, May 24, 2016

kuih ketayap

 bila dapat beli kelapa putih yang sangat muda, terus la kak rose buat inti dan simpan.. kak rose beli sampai 1 satu kg kelapa putih ni... ya la sllu dapat kelapa putih yang dah tua, bila kali ni dapat yang lembut boleh la beli banyak2 dan simpan... untuk kegunaan nanti2... teringin jugak nak buat badak berendam guna inti ni, tapi adekah kerajinan itu nanti?   only time will tell, menjadi atau tidak!

anyway, kuih ketayap ni menjadi sangat sedap dan istimewa sbb intinya yang mabeles.... en asben pun terass kelainan bila makan kuih ni... kembang idung tukang masak! terima kasih pada hana yang kongsikan resepi kulit dan izah untk resepi inti tu... kak rose kopi kan kat sini ya..

Bahan-bahan untuk kulit:
sumber: Hana

*1 biji telur
*2 cawan tepung gandum
*1/2 sudu teh garam
*2 cawan air
*1 sudu besar air pandan
*sedikit pewarna hijau
minyak untuk mendadar

Cara-cara
Blend semua bahan yg bertanda *.
Lengserkan minyak atas kuali. Dan dadarlah adunan tadi hingga masak.
Angkat. Masukkan inti dan gulung.
Siap dihidang.


Bahan untuk inti
sumber:izahdaut

1 biji kelapa parut
setengah ketul gula kabung
3 sudu gula pasir
setengah cawan air
2 helai daun pandan

Caranya: Masak air bersama kedua dua gula dan daun pandan sehingga hancur. Kemudian masukkan kelapa. Gaul sehingga kelapa sedikit kering dan berminyak. Angkat dan sejukkan.

Monday, May 23, 2016

Mee udang sedap

 bila terasa nak makan mee udang, kena lah merajinkan diri buar sendiri kan... since bahan2 pun  dah ada kita on kan je la... sendiri nak makan, sendiri buat baru puas hati... ikut tekak dan selera sendiri...  dan bila dah buat tu, boleh lah makan berulang2 sampai rasa tak mau lagi dah.... tu akk rose ler! kak rose ni tak tahan pedas, so kalau nak makan pedas kak rose buat sambal cili untuk digandingkan dengan mee udang ni..

 nasib baik dapat udang yang agak beso kat kedai tu... rm30/kg fresh n kasar2 udangnya... beli memang nak sangat untuk buat mee udang ni... ya lah kalau makan kat kedai, 2 ekor udang cam ni pun depa dah charge berbelas hengget kan...so kalau nak jimat, kena rajin la!

resepi mee udang kak rose copy dari blog Azie, mekasih ya. mohon izin nak kongsikan kat sini lak..

Mee Udang Sedap 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
6 ekor udang besar (ikut suka)
6 ekor udang kecil buang kulit
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar cili kisar
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2 biji tomato buah
1 biji ubi kentang - rebus
Garam, gula, serbuk perasa
sos tomato
sos cili
fish cake, yg ni kak rose tambah

Bahan hiasan:
telur - rebus
sawi - celur
cili merah - hiris
bawang goreng
daun bawang - hiris
Mee - celur 


Cara cara:
 
Blend bawang putih dan bawang merah hingga halus dan tumis dalam minyak yang panas hingga wangi. Masukkan cili kisar dan goreng hingga garing.
Sementara itu, ubi kentang direbus sekejap dan di kisar bersama udang kecil, udang kering yang ditumbuk terlebih dahulu, tomato buah hingga halus.
Masukkan bahan blend ini ke dalam kuali bersama bahan tumis tadi.  
Masukkan air dan masak hingga mendidih dan sesuaikan kepekatannya. Masukkan sos tomato, sos cili, gula, garam dan serbuk perasa. 
Masukkan udang atau boleh juga diletakkan sekali sotong hiris jika mahu. Boleh diangkat dan hidang.
Ada juga yang masukkan fish ball sebagai bahan rencah mee udang. ikut suka masing masing.
Masukkan mee yang dicelur ke dalam pinggan dan sendukkan kuah ke dalamnya. Kemudian letakkan bahan bahan hiasan yang disukai

Sunday, May 22, 2016

Hot spring LWOT


 
sambung kisah hari sabtu lepas, family day tempat keja en asben... berjimba2lah kami di hot spring lost world of tambun ni.. jauh jugak bila drive dari penang... tapi berbaloi la jugak biarpun jauh.. amik gambar dari entrance ni, ingatkan ada la separate entrance untuk nak kesini... tipah tertipu rupanya... ya la sudah pasti cuma ada satu pintu masuk untuk semua kan...  jakun gitu!

 
 bila dah masuk, ni entrance ke hot springs n spa tu... tapi tak la nak jalan dan berendam semua tempat tu... cuma jalan2 dan amik gambo jer... tak kuasa nak berbasah2..

 the main pool kat situ... ada tiga pool dengan berbeza suhu kepanasan airnya.... yang ni tinggi sungguh air terjun dia kan...

 sapphire pool, kolam dengan suhu air yang panas sekali... 45 deg C...

 amethyst pool dengan kepanasan 43 deg C... ramai yang berendam kat sini...

 topaz pool ni agaknya very mild, tu tak de yang nak berendam kat sini..

 crystal pool ni terletak berasing dengan yang tiga ni... tempat pulak agak tersorok.... masa kak rose singgah, tak de se orang pun kat sini... tak panas ker airnya? entahlah... tapi ada jer tulis kat tepi tu suhu air kat kolam ni ialah 41 deg C.

Saturday, May 21, 2016

Berjimba2 di LWOT

taman tema air lost world of tambun...  tempat keja en asben buat family day kat sini pada sabtu lepas... so ikut jer la. kalau ada anak pasti derang yang sangat teruja nak ke tempat taman air cam ni kan... kak rose pergi berdua jer, sbb anak bujang kami ke kl, nak tengok bola malam tu... yang jdt vs pkns tu... nasib baik la menang, kalau tidak memang kena bahan sbb dah janji nak g sini pas tu cancelled sbb nak g sama kawan2 tengok bola...
 sebelum masuk... terpampang rega admission ticket tu... tapi tidaklah semahal sunway lagoon tu kan walaupun lwot ni pun depa yang punya... no outside food allowed, masa nak masuk tu mmg depa selongkar habis2 beg baju... takut na kita bawak bekal. nasib baik air masak bekal kak rose derang tak buang. tapi kat kaunter tu ade tempat nak simpan bekal yg depa confiscated dengan bayaran singgit... masa keluar nnti boleh amik balik bekal tu without the fees lah.

 luas kawasannya... tengok map mana yg nak g... kalau malas jalan ada ketapi boleh bawak pusing2..

 antara hiasan dalaman di lwot..

 with the bosses, selepas berbasah main game dalam air tu..

gelang untuk sehari di lost world of tambun....