Asalamualaikum dan salam jumaat penghulu segala hari buat kawan kawan semua.... pagi ni kak rose nak tepek sambal tumis ikan bilis petai yang cuma tinggal gambar jer ni... sambal ni kak rose buat masa sebelum kisah mengejut balik kampung hari tu.... daripada terperap jer ade baiknya kak rose buat entry hari ni kan... suka suki buat entry tertangguh cam ni.... tak kisah la kan asalkan gambar dan masak sendiri jer walaupun resepi amik dari sifu masak2 yang lain..
resepinya dari kkida, mekasih ya... tukang masak tak tau apa rasa sebab memang tak suka makan petai ni... tapi kalau tanya tukang makan, dia kata sedap jer. kira ok la tu kan...
Bahan-bahan
1 cawan ikan bilis, goreng setengah garing (kak rose tak goreng pun as per en asben request)
1/2 cawan petai, tak perlu buang kulit, hanya dikikis sedikit dan belah dua. (kak rose amik biji je)
10 biji cili kering, dikisar - ikut la kepedasan memasing ya...
2 ulas bawang putih, tumbuk
1/2 cawan air
2 sdb air asam jawa
1 biji bawang besar, potong bulat
1 sdk serbuk belacan (kak rose gantikan dengan kiub pati ikan bilis)
2 sdb gula
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
Cara Membuat
Tumis bahan blender hingga garing. Masukkan air asam jawa dan belacan. Kacau hingga wangi.
Masukkan gula, garam, petai dan bawang besar. Kacau sebentar.
Kemudian masukkan ikan bilis dan setengah cawan air dan masak sehingga mendidih dan pekat.
Humang aiiii.. ngencess Kak Rose.
ReplyDelete- ada pulut kuning.. jadik ni kak.
Sham, ekkkk, sorry ya...hihihi
ReplyDeletetapi kak rose ni mmg x leh nak telan petai la... jadi tukang masak ni pun jadi la kan.
Amboiii mkn dgn nasi panas2 sedap ni kakrose..
ReplyDeleteSaya paling suka sambal tumis petai ikan bilis ni..
sedapnyer..
ReplyDelete