Friday, March 4, 2016

Bekpes dengan kacang pool

 Asalamualaikum dan salam Jumaat penghulu segala hari..... sejak pertama kali masak dan makan kacang pool ni jadi suka pulak, gagah pergi kekedai semata nak cari kacang panggang ni untuk buat bekpes kami anak beranak... tapi dah jadi derhaka suka suki makan kacang ni sbb tak rajin nak goreng telor yang goyang2 tu... dan actually kak rose pun lebih suka makan cenggini jer without the egg... anak pun sama macam mamanya... just kacang n toast, dua keping toast tu pun tak cukup!

terima kasih pada Noor yang kongsikan resepinya ya..

Bahan-Bahan:
1 tin kacang panggang dalam tin
400gm daging kisar = 2 keping daging burger (kak rose buh 3 keping)
2 sudu minyak sapi atau butter
1 sudu serbuk kari daging
1 biji bawang holland (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (dicincang)
garam, gula dan air secukupnye
Bahan Hiasan –
1 batang cili merah atau hijau
daun sup hiris tak de stok
telur mata separuh masak
Cara Membuat:
1. Hancurkan kacang panggang yang telah dibuang air.Suka kacang bulat-bulat so tak hancur pun.
2. Panaskan minyak sapi atau butter hingga cair. Kemudian, tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
3. Masukkan rempah kari dan kacau. Gaulkan bersama daging kisar dan kacau sehingga daging masak.
4. Masukkan kacang panggang bersama garam dan gula. Selepas itu, masukkan air secukupnya jikalau nak berkuah lebihkan air.
5. Tunggu sehingga masak. Seterusnya, pecahkan telur dan masak telur sehingga menjadi separuh masak. (kak rose tak rajin nak goreng teloooo.)
6. Hidangkan bersama cili, daun sup, dan juga roti bakar.
 

No comments:

Post a Comment