untuk pastry.... dari CMG
BAHAN-BAHAN PASTRI :-)
300 gram tepung gandum
150 gram mentega sejuk, didadu kecil
Secubit garam (kalau guna mentega bergaram atau majerin, tak perlu garam)
4 - 5 camca besar air ais
UNTUK PASTRI :-
Satukan tepung gandum, garam halus (jika
guna) dan mentega sejuk.
Gaul ramas dengan hujung jari hingga mendapat
teksture seakan2 serbuk roti.
Masukkan air sedikit demi sedikit sambl
digaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan.
Bulat2kan doh, simpan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk
30 minit.
500 gm isi ayam - hiris kecil
1 karot - potong kecil
1 biji green capsicum - potong kecil
1 bawang besar - potong kecil
4 ulas bawang putih - cincang
120 gm white button mushroom - hiris
2 sudu besar olive oil
Perap ayam dengan:
1 sudu besar oyster sauce
1/2 sudu kecil serbuk perencah Secukup Rasa
Parsley flake
1 sudu kecil sesame oil
Sedikit serbuk black pepper
1 sudu besar tepung jagung + 3 sb air (memekatkan)
1 biji telur - pukul (lenser)
Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga wangi
Masukkan karot dan kacau rata sehingga separuh masak, kemudian ayam yang diperap sehingga masak.
Masukkan mushroom dan capsicum, kacau sebentar supaya tidak terlebih masak.
Masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau sehingga pekat dan sesuaikan rasa.
Membuat Pai
Panaskan oven pada suhu 180C.
Tekan tekan doh dengan tangan pada ketebalan 1/4 cm (atau asal tidak terkoyak) atas papan pencanai yang ditabur tepung.
Letak atas acuan pie dan biarkan lebih. Tekan mengikut bentuk acuan dan gunting lebihan doh mengikut bentuk acuan.
Sudukan inti ayam ke dalamnya.
Tutup permukaan dengan sekeping doh lain
dan gunting lebihan doh. Tekan keliling doh dengan menggunakan garpu
supaya kedua dua doh melekat.
Cucuk permukaan atas dengan garpu supaya wap boleh keluar semasa dibakar.
Sapu permukaan atas dengan telur yang dipukul tadi.
Bakar pada suhu 180C selama 35 minit atau sehingga pie menjadi keperangan.
Sedap tengok tu kakrose..
ReplyDeletetapi saya tek pernah cuba buat pai..
takut tak menjadi..
kena berani mencuba ni :)
macam best je..
ReplyDeletenanti nak cuba..
dah lama cari resepi kulit pai ayam..
biasa buat pai epal, ada telur..
yg ni tak ada telur, mgkin lain sikit rasanya..
T/kasih....share resipinya...
ReplyDelete