Monday, February 8, 2016

Buat lagiiii

Selamat bercuti2 dan Happy CNY buat kawan2 semua... buat lagi roti jala untuk makan dengan gulai kari daging ni... dan sejak jumpa resepi roti jala yang kekal lembut walaupun dah sejuk, memang stick dengan resepi ni... sedap dan memang lembut jer. kalau kawan2 nak buat, pasti tak rugi mencuba buat dengan resepi ni.... mekasih Azie yang kongsikan resepi ni ya..

Roti Jala

Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning
 
Cara-cara:
Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.

Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.

Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah ayam masak kuzi. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak

No comments:

Post a Comment