Friday, December 11, 2015

Jus limau asam boi

 Salam tenghari Jumaat yang panas terik... rasa sangat panas membakar, macam nak hujan jer nampak gayanya... apa pun, hujan dan panas adalah rahmat Tuhan yang patut kita syukuri... dan kita terima seadanya... cuma nak kurangkan panas tu kenalah minum air yang banyak untuk kesihatan dan elakkan dehydration. apa kata kita sediakan jus limau kasturi dengan asam boi ni untuk menyegarkan tekak.

 limau yang kak rose petik from my sekangkang kera garden, perah n tapiskan, tambah air masak, ais n asam boi... no additional color n sugar... segar n nyaman sekali.

gambar setelah dituai buah yang masak, ada lagi banyak sedang membesar dan ada juga yang hampir masak kuning.... untuk lain kali tuaian pulak ya.. walaupun kurang kasih sayang sbb selalu saja kena tinggal oleh tuannya, tapi tetap berbunga dan berbuah...  baja subur dan baja buah memang kak rose bubuh sebulan sekali... dan ini lah hasilnya.

1 comment:

  1. Mmmm...nyamannya! Cukup rasa..masam, manis, masin!

    ReplyDelete