resepi muffin yang dikongsikan kawan2 kat fb, terus la nak mencuba... lembut n moist tapi pada kak rose macam kurang manis sket, so maybe next time kalau nak buat lagi mungkin kena tambah sket gula tu... tapi tukang rasa kat rumah ni kata ok jer... walaupun tak manis sangat...
terima kasih pada yang kongsikan resepinya kat fb tu ya... mohon nak sharekan kat sini lak...
BAHAN-BAHAN :
-1 3/4 cawan tepung gandum
-1/4 cawan serbuk koko ( i used chocolate powder..hmm rasanye lg power!!)
-1 cawan gula perang
-1 sk baking powder
-1 sk soda bikarbonat
-1/2 sk garam
-1 cawan fresh milk
-1 biji telor - pukul sikit
-1/3 cawan minyak@ butter yg dicairkan
-1 sk esen vanila
-choc chips secukupnye
CARANYA:
Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan dan ketepikan.
Dalam bekas lain, campurkan susu, telor, esen vanila dan minyak. Kacau rata. Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata.
Masukkan choc chips. Sudukan ke dalam muffin cup dan tabur sedikit
coklat cip diatasnye dan bakar selama 20 minit @ hingga masak.
tips- untuk memastikan kejadian muffin yg gebu & moist, pastikan
kacau campuran bhn kering & basah hanya sebentar sekadar rata jek
menggunakan senduk kayu (kalau kacau lama ia akan manyebabkan hasil
muffin yg kering & keras) isikan adunan 3/4 penuh ke dalam cup
muffin semasa membakar utk menhasilkan muffin yg kembang montoks naiknya
ok..
Salam kak Rose..rajinnya ber mapin...atie dah lama tak buat mapin2 ni..hehe
ReplyDeleteAssalam Rosnah. Apa khabar.
ReplyDeleteSTMI 2972-1976
Atie, tengok kawan share resepi teringin nak mencuba...
ReplyDeleteWaalaikumsalam Toharuddin, ya STMI, kenangan indah semuanya..
ReplyDelete