Monday, September 7, 2015

Cendawan goreng berempah cajun

 Asalamualaikum dan salam pagi isnin... memulakan minggu yang baru dengan harapan agar rajin lag nak mengupdate rumah maya kak rose ni... dan ni sayur yang kak rose masak untuk lunch semalam. bila ade cendawan selalu teringat resepi yang sedap ni... mekasih pada Nor Secubit Garam yang kongsikan resepi asalnya... dan kak rose ni tukang kopi jer... dan nak letak dalam tu pun ikut apa yang ade dalam peti magic kak rose tu... dan kali ni cuma ada kacang holland ni jer, ok la tu kan...

meh kak rose kongsikan resepinya kat sini... kalau ada kawan2 nak mencuba untuk hidangan tengahari buat keluarga tersayang...

Bahan:
200gm cendawan tiram
sedikit udang ~ dibuang kulit
2 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1 sudu kecil serbuk cili kasar
1/2 sudu kecil cajun
1 sudu kecil sos tiram
3 bj cili api ~ jika suka lebih pedas
sedikit capsicum hijau dan merah ~ dipotong (tak de, kak rose gantikan dengan holland peas)
1 sudu kecil jus limau nipis/kasturi
sedikit garam
sedikit minyak

Cara:
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan serbuk cili kasar, cajun dan sos tiram serta capsicum.
Kacau hingga wangi.
Masukkan udang, cili padi yg dipotong serong dan garam.
Masukkan pulak cendawan dan kacau. (kuatkan sedikit api pd masa ni)
Bila cendawan dah nampak sedikit layu serta udang dah masak, masukkan per
han limau dan tutup api.
Kacau hingga sebati dan hidangkan panas2.
 
** kak rose masukkan kacang tu bersama dengan cendawan... masak sekejap jer, so holland peas tu akan tetap crunchy bila dimakan nnti)

2 comments:

  1. Assalamualaikum K.Rose,
    Yg ini memang mengancam.
    Sangat suka sayur-sayur macam ni.
    Ratah saja..

    ReplyDelete
  2. sedapnya nampak sayur bila ada udang sekali heheh
    Aishah

    ReplyDelete