Thursday, July 2, 2015

Iftar #14 tom yam ayam

 lauk simple kak rose petang semalam.... makin jauh perjalanan kita berpuasa, semakin kecik lah jugak perut, dan semakin pening jugak nak sediakan juadah berbuka...harap2 amalan amalan malam yang seharusnya dilakukan semasa bulan ramadan ini tidak akan mengurang pulak... peringatan untuk diri sendiri sebenarnya... dan masak pun yang simple jer, asalkan dapat isi perut dan bekalan untuk berpuasa diesok hari. sahur memang hari2 kami amik toast n nescafe je.

 rasa nak makan yang berkuah, so kak rose buatlah tomyam ayam ni... Alhamdullilah, berselera kami berdua makan selepas solat tarawih... mungkin sbb cuma ada tomyam, sambal ayam penyet bersama ulam timun jepun yang tak terenter frame. resepinya..

Bahan-bahan

  • ½ ekor ayam (dipotong kecil)
  • 2 biji bawang besar (dihiris bulat)
  • 3 biji bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 15-20 batang cili padi merah (ditumbuk kasar) (ikut kepedasan memasing la ya)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 1 sudu besar pes tom yam (kak rose guna home made pes tomyam)
  • 4 helai daun limau purut
  • 2-3 biji limau nipis (diambil jusnya)
  • 3-4 cawan air
  • garam & perasa
  • sedikit minyak
  • sayur-sayuran (bunga kobis, jagung muda, tomato)
Cara-cara
  1. Panaskan minyak dlm periuk. Tumis bawang putih hingga wangi dan perang.
  2. Masukkan ayam, kacau sekejap dan tutup periuk sebentar (supaya jus ayam keluar).
  3. Masukkan air dan biarkan mendidih. Setelah itu masukkan serai, bawang besar dan daun limau.
  4. Masukkan cili padi, pes tom yam, garam serta perasa.
  5. Kemudian masukkan sayur-sayuran dan biarkan sekejap.
  6. Last skali, masukkan jus limau, kacau sekejap dan matikan api.
  7. TIPS: Tom yam yg enak, ade sedikit rase pedas, masam dan wangi dari aroma daun limau.

1 comment:

  1. Salam Kak Rose.

    saya pun kalu nak makan tomyam memang buat sendiri jer. Beli punya tak pernah serasi di tekak dan tak puas makan.

    Cuma saya selalu masukkan batang saderi. Ayam memang sentiasa menjadi pilihan. Bulan posa ni belum pernah buat lagi. Nanti harus nak cuba juga.

    ReplyDelete