Asalamualaikum dan Salam Jumaat penghulu segala hari.... jumaat yang mulai ni kak rose nak kongsikan tazkirah yang kak rose copy dari sini, terima kasih dan mintak izin nak kongsikan kat sini pulak ya Tok Wan. yang sebenarnya peringatan untuk diri sendiri terutamanya.
Kata hati
yang pertama ketika azan suboh berkumandang diudara ialah, 'Aku kena
pergi kerja sekarang, kalau lambat nanti jalan jem. Solat Suboh boleh
buat kat opis... cantum dengan sunat Dhuha pun boleh'.
Kata hati
yang kedua pula ketika azan asar sedang berkumandang, 'Alamak ... dah
masuk waktu Asar. Ahhh... sempat balik buat kat rumah... jalan macam
clear jer.'
Kata hati
yang ketiga ketika azan maghrib sedang berkumandang, 'Quotation ni aku
mesti sampaikan pada tangan Datuk malam ni jugak. Kalau kontrak ini
lulus aku bakal memiliki sebuah rumah idamanku sendiri. Aku boleh beli
itu boleh beli ini untuk keperluan keluargaku'.
Kata-kata
yang sebenarnya ialah kita semua sedang bersungguh-sungguh mengumpul
wang untuk memiliki barang-barang yang bakal menjadi sampah. Kita
sibukkan diri untuk mengumpul wang untuk membayar harga sebuah almari
yang kita idamkan walhal suatu masa nanti almari itu bakal menjadi
sampah. Kita habiskan wang untuk membeli bekas plastik konon untuk
memudahkan kita menyiram pokok yang kita tanam di halaman rumah. Kita
sibukkan diri kita ke pasar-malam untuk beli timba plastik ketika orang
lain sibuk kemasjid untuk solat Maghrib berjemaah. Walhal timba plastik
itu bakal menjadi sampah juga.
Begitu
juga kita sibuk membuat kerja overtime untuk mencukupkan wang bagi
membayar ansuran kereta atau motorsikal yang mana pada suatu hari nanti
motorsikal dan kereta itu juga bakal menjadi sampah. Dan sepanjang hidup
kita, kita sibukkan diri kita untuk membawa kereta itu ke worksyop
untuk tukar minyak hitam atau membaiki sedikit kerosakan. Bahkan sewaktu
kereta itu di peringkat awalnya kita juga sibukkan diri kita bawa
kereta kekedai aksesori kereta untuk tambah plastik lutsinar atau tambah
alat pandang dengar dalam kereta itu.
Setelah
bertahun-tahun dengan tabi'at tersebut maka pada suatu hari kereta itu
memerlukan perbelanjaan yang besar untuk diperbaiki dan kita tak cukup
wang. Lalu dengan kereta itu juga kita bersusah hati, timbul kerisauan
dalam diri kita betapa sukarnya perjalanan hidup tanpa kereta. Kita
bercerita pula kepayahan kita kepada kawan-kawan kita betapa peritnya
hidup tanpa kereta.
Hakikat
yang sebenarnya ialah kita perlu memiliki iman dan dengan iman yang
kental kita mampu melakukan amal-amal yang bakal menyelamatkan kita di
dunia dan di akhirat. Apabila kita memperkukuhkan iman kita,
mengutamakan akhirat dari dunia maka dengan sendirinya dunia akan
mengejar kita. Tetapi bila kita sibukkan diri kita mengejar dunia maka
akhirat meninggalkan kita. Kita akan terus lalai dari mengingati negeri
akhirat. Walhal negeri akhirat itu kekal abadan abada.
Apakah
kita masih sibuk membaca wasap setiap pagi setiap petang setiap malam
sebelum tidur dan mengabaikan al Quran sebenarnya kita menzalimi diri
kita sendiri lalu bolehlah kita menggelarkan diri kita orang-orang yang
zalim. Walhal al Quran adalah Kalam Allah. Segala-gala yang ada di alam
ini sama ada yang dapat kita lihat atau tidak dapat kita lihat adalah
ciptaan Allah s.w.t. Bumi ini sendiri Allah ta'ala ciptakan untuk pada
suatu hari nanti Allah akan hancurkan, begitulah janji Allah dalam al
Quran.
Setelah
Allah hancurkan bumi ini dan Allah ta'ala gantikannya dengan negeri yang
kekal abadi maka waktu itulah orang yang berada dalam syurga akan
menyesal dan merayu lagi kepada Allah ta'ala agar dapat dia dikembalikan
kebumi hanya untuk menyebut lagi satu ayat 'Subhanallah'.
Setiap
hari umur kita kian bertambah bahkan ada yang menyatakan setiap hari
umur kita kian berkurang. Kedua-duanya betul, namun dinegeri akhirat
umur kita tidak bertambah dan tidak berkurang, ia kekal pada umum 30
tahun sampai bila-bila.
Dan dalam
peningkatan umur kita semasa didunia seharusnya peningkatan iman dan
amalan kita juga meningkat. Inilah dua perkara yang akan menyelamatkan
kita di negeri akhirat. Namun sebelum sampai kenegeri akhirat kita
seharusnya singgah sementara di alam barzakh. Namanya pun alam barzakh
yakni persinggahan. Jika sewaktu persinggahan ini keadaan kita selesa
maka selesalah kelak kita ketika berada di negeri akhirat. Begitu juga
sebaliknya juka sewaktu persinggahan itu kita merasa tidak selesa maka
tidak selesalah juga sewaktu berada di negeri akhirat kecuali syafa'at
tertentu yang dapat menyelamatkan kita.
Untuk
maksud yang sangat besar bagi menuju akhirat itu maka kita kena berusaha
untuk iman dan amalan kita. Setiap hari ada usaha kita untuk
meningkatkan kedua-duanya, setiap hari juga kita perlu mengajak orang
lain kearah itu kerana Allah ta'ala telah periuntahkan dalam al Quran
supaya kita menyeru manusia kepada kebaikan. Janganlah kita melihat saja
orang lain yang menyeru orang lain kepada kebaikan bahkan kita kena
terlibat sama.
Kurangkan
atau kalau boleh tinggalkanlah amalan mengumpul sampah atau membuat
sampah kerana ianya langsung tidak berguna berbanding iman.
La haula wala quwwata illa billah..~
terima kasih Kak Rose atas perkongsian ini...semoga membuka mata hati kita semua utk lebih memikirkan akhirat dr hal2 di dunia ini shj...
ReplyDeleteSalam kak Rose,
ReplyDeleteitu semua Ratna perhatikan didalam diam gimana karenah, agenda, acara atau habit kebiasaan muslimin semua dalam artikata hampir keseluruhannya ramai yang sebok dengan perihal duniawi yang tidak penting lagi mustahak namun itulah yang dikejar-kejarkan karena hidup sekarang semuanya boleh seperti nak bercuti yang tidak mampu akan jadi mampu dek pilihan kos pesawat yang direndahkan begitu adil saksama katanya...
dan ramai beriman secara menunjuk-nunjuk seperti ganti puasa, amal sedekah jariah dan solatpun pasti mahu dinyata-canangkan walhal dipinta amal ibadah tersebut wajib didiamkan... ramai ummat manusia masih jauh pendapatan ilmu syariat & tauhidnya maka itu sesat keimanannya !
Dari jauh Ratna perhatikan bahawa kemajuan dan kesenangan hidup sekarang telah diputarbelitkan demi kepuasan seseorang bagi membuktikan mereka termasuk didalam golongan yang terpilih walhal mereka dirabunkan didalam kejahilan yang bernama hawa nafsu yakni "sampah" !
Akhirat kita lengah tanguhkan demi dunia yang dikejar karena masa untuk duniawi lagi penting dari segalanya dan banyak yang menyangka bahawa selepas mati waris yang hidup akan menerus bersedekah menyeru doa dimajlis kenduri arwah itu dan ini bagi menyelamatkan mereka ketika dialam barzakh bagi meringankan dosa-dosa mereka walhal.....
Kak Rose, apa yang Ratna nyatakan adalah untuk diri sendiri juga karena ada ketikanya terlajak didalam mengaturkan masa & waktu harian dengan amal ibadah jadinya peringatan dan peringatan sesama kita perlu diperluaskan karena hidup dizaman maju ini kok semuanya mahu pantas dan cepat, tapi pabila solat jangan sesekali 2 menit kok udah selesai ! karena bacaan solat yakni ayat dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala wajib dibaca dengan sejelas yang mungkin, malangnya...
Salam mesra.
p/s, maaf ya kak Rose kok panjang bla bla Ratna kali ini !
Nani, sama2..yg elok baik kita kongsi2kan.
ReplyDeleteSalam Ratna....
ReplyDeleteSemuga kita sama2 memperingatkan, agar diri tidak akan terus lalai dengan yang diumapamakan mengumpul sampah!