Saturday, May 2, 2015

Home made telur masin

 kak rose ni bukan lah suka sangat makan telur masin, tapi bila terpandang kat blog kawan2 ade buat telur masin ni, nak jugak lah mencuba buat sendiri... kebetulan ada beli telur itik yang fresh ni... so meh la kita buat sendiri...

 telur itik yang fresh ready untuk proses rendaman dalam air garam...

 in you go in the salted water jar.... baca tips dari kawan2, isikan air dalam plastik dan letak atas telo dalam botol tu untuk menenggelamkan telur dalam air garam tu... so tak la telur tu terapung jer!

 rendam dalam air bergaram selama 2 minggu...

dan hasilnya selepas 2 minggu..... try test sebiji, ok dah rasa masinnya... tapi sedikit muskil nak tanya kawan2.... berapa lama nak merebus telor masin ni ya... maklumlah ni first time merebus telo masin! kak rose rebus bersama sebiji telor ayam, dan masak elok tp yg telor masin ni macam x cukup masak... nampak tak ade slight kuning kuning dekat putih telor tu... suppose to be firm sangat kan kuning telo tu kan?

resepi kak rose cnp dari blog Ros jintanmanis, mekasih ya ros... kak rose mintak izin nak kongsikan kat sini lak..

Bahan-bahanya
10 biji telur ayam ( kulitnya putih) klu nak guna kulit yang warna coklat pun boleh
3 senduk garam biasa
air secukupnya
(kak rose guna telur itik)

bekas
balang kaca

Cara-Caranya

1. Telur di basuh bersih dan masa basuh telur disarankan baca lah selawat ke bismillah ke, lepas tu toskan, biarkan kering, nak lap dengan permukaan telur dengan kain bersih pun boleh. Kalau ade kerajinan lagi, lepas basuh telur tu boleh jemur kejap, hingga permukaan nye betul-betul kering.
2.  Masukkan garam ke dalam periuk yang berisi air, biarkan garam betul-betul larut, didihkan sebentar, tutup api dan biarkan air garam betul-betul sejuk.
3. susun telur di dalam balang kaca, dan curahkan air garam tadi, pastikan telur tenggelam dalam air garam, jika nampak terlu seperti terapung itu tandanya air garam tu cukup masinya.
4. Tutup rapat balang kaca dan simpan selama 14 hari ke 21 hari, masa dah 14 hari tu, ambil satu dan cuba rebus, kalau dah jadi, boleh keluarkan semua telur dan simpan di dalam peti ais, bila nak makan rebus dan potong dua, selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment