Saturday, April 25, 2015

Masak lemak ciliapi telur itik

 masak lemak yang buatkan makan nasi bertambah tambah.... suka sangat dengan gulai stail nisemilan cenggini....tapi sayang tak de belimbing buluh nak digandingkan dengan telo itik ni, jadi togel je la gulai ni. telur ni pun datang dari jauh menyeberang sempadan....kak rose beli masa g ziarah ke thailand tempoh hari... murah pulak, 10 biji for 45B, so beli lebih sket.... dan selebihnya kak rose buat telor masin..... masih dalam proses pengeraman...

 cantik telonya sbb masih baru katanya... dan masak lemak ciliapi yang kurang pedas ni resepinya   dari sini., banyak resepi style nisemilan yg sedap2 semuanya....

BAHAN-BAHAN : 5 biji telur itik - boleh tambah 5 cawan santan - kalau kurang boleh tambah 1 helai daun kunyit 1 batang serai - saiz besar Garam secukup rasa BAHAN DITUMBUK LUMAT : 10 biji cili api 1 inci kunyit hidup sedikit garam - secukupnya

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ


BAHAN-BAHAN :

5 biji telur itik - boleh tambah
5 cawan santan - kalau kurang boleh tambah
1 helai daun kunyit
1 batang serai - saiz besar
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :
10 biji cili api- kak rose kurangkan
1 inci kunyit hidup
sedikit garam - secukupnya

CARA MEMASAK :

1. Bersihkan kunyit hidup , cili api dan ditumbuk lumat bersama garam . Masukkan semua santan dengan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama daun kunyit dan serai . Gaul semua bahan dan masak sampai kuah santan mendidih .

2. Pecahkan sebiji2 telor dalam mangkuk berasingan dan masukkan dalam periuk sebiji2 jugak hingga habis. perlahankan api dan tutup periuk. selepas 3-4 minit buka tutup periuk dan kacau perlahan2... jika telur dah keras boleh kacau perlahan2 dan pastikan telor tidak melekat didasar periuk. perasakan gulai dan bila telor dah cukup masak boleh la padam kan api dapur.
  



Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
sedapnya hingga menjilat jari2.... digandingkan dengan nasi panas2 dan ikan masin gelama goreng ... wallaaaaa tiga kali kak rose menambah nasik!

2 comments:

  1. Sedapnya kak rose.. elok Cantik telur itik tu kak rose.. nampak baru tu. Kalau masuk angin dia punya kuning dah Pecah. kan..

    ReplyDelete
  2. yati... nasib baik la dapat telo yg fresh..makan nasi bagai tak hengat!

    ReplyDelete