rasanya lamaaaa sangat tak buat karipap... hari tu ada beli frozen karipap dengan inti daging tapi sangat lah tidak puas hati dengan kejadiannya...bila goreng kulit liat semacam dan dengan isi inti yang cuma secoet... bila goreng dia jadi timbul dan memang separuh karipap tu tak de inti... kalau ya pun nak untung sangat, berpada2 lah, kesian kat kita yang beli ni kan.... so the best thing, buat la sendiri dengan isi yang penuh kembung, walaupun dengan saiz dan pesen yang berbagai tapi tetap puas hati... heavennya rasa bila menikmatinya!
inti daging+udang kering+kentang yang sangat sedap ni kak rose copy dari blog ita masam manis, mekasih ya kongsikan resepinya...
4 biji kentang ~ kupas dan potong dadu (kak rose guna kentang sepenuhnya)
2 biji keledek oren yang sederhana besar ~ kupas dan potong dadu
1/2 cawan daging kisar
1 peket rempah kari BABAS yang peket kecil anggaran 3 sudu besar
1 tangkai daun kari
2 tangkai daun sup dan daun bawang ~ di hiris
2 1/2 cawan air
garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar
3 sudu besar udang kering ~ rendam lembut
1 labu bawang besar / 4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
6 tangkai cili kering ~ di rendam lembut ( ini kalau nak rasa inti yang pedas )
Panaskan minyak dalam kuali
Campurkan bahan kisar bersama daun kari dan rempah kari hingga menjadi pes.
Kemudian tumis bersama minyak yang telah di panaskan hingga garing dan harum
Masukkan daging dan masak hingga daging empuk
Masukkan kentang , keledek dan air dan masak hingga kentang dan keledek empuk
Perasakan dengan garam dan gula
Masak hingga kering
Angkat dan toskan minyaknya
untuk kulit yang rapuh juga kak rose copy dari blog ita.
500 gm tepung gandum
170 ml minyak jagung
250 ml air ais atau air sejuk dari peti ais
1 sudu teh garam halus
1 biji jus limau kasturi
Masukkan tepung ke dalam mangkuk pengadun
Sementara itu kita panaskan minyak jagung hingga betul-betul panas.
Berhati-hati tuangkan minyak panas ke dalam adunan tepung.
Berhati-hati ya minyak masih panas, gunakan senduk kayu untuk kacau adunan rata-rata hingga adunan menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan sedikit garam
Kemudian tuangkan air sejuk dari peti ais, jangan tuang semua air tu ya, tuang sikit-sikit.
( sukatan air tidak di gunakan semuanya, ianya bergantung pada kesebatian doh, bila dah sebati tak perlu tambah air lagi )
Kacau adunan rata.
Perahkan jus limau kasturi dan uli adunan hingga lembut dan tidak
melekat di tangan. Doh biar ia keras sedikit ya, sebab tu jumlah air
tidak di masukkan semua.
Kemudian masukkan doh ke dalam bag plastik yang bersih dan tidak bocor
Bungkus kedap dan perap doh selama 15 minit, supaya doh berpeluh dan menjadi doh yang lembut dan elastik
Selepas 15 minit, keluarkan doh dari plastik dan bulat-bulatkan doh sebesar guli, anggaran berat setiap doh 25 gm
Masukkan semula doh dalam plastik dan perap lagi selama 15 minit
Setelah di perap bolehlah kita mulakan proses membuat karipap.
Sedapnya kak rose.. tetapi saya selalu fail buat karipap huhuhu :(
ReplyDeletebaru dua hari lepas beli kentang,,rasa bersemangat pulak nk buat karipap ..tng akak buat hihi
ReplyDelete