Friday, April 17, 2015

Apam labu

apam labu yang gebus gebas, lemak manis yang kak rose buat 2 hari lepas.... satu adunan ni kka rose dapat 26 biji apam montel2 ni.... pada kak rose dah banyak dah sbb keluarga kecik jer kan... sorang makan 3 biji pun dah tak larat dah.... so more than half dari apam ni goes to my neighbor untuk tolong abeskan.. daripada membazir kan...

apam labu mengembong dengan jayanya, baru turun dari kukusan..... resepi yang sama kak rose pernah buat dari Izah.... tapi betul ker makan apam labu ni boleh angin satu badan? entah ler...

Bahan A:-
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu teh yis segera
  • 1 sudu teh gula kastor
  • 3 sudu makan air suam

Bahan B:-
  • 230 gm labu direbus lembut (asal menggunakan 200gm keledek)
  • 150 gm gula (asal menggunakan 180 gm gula)
  • 1 biji telor
  • 150 ml santan pekat

Bahan C:- (ayak bersama)
  • 200 gm tepung gandum
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder (asal menggunkaan 1 sk double action b.powder)

 
 tanpa kelapa pun ok jer, sbb dah cukup lemak manisnya....

Cara Membuat:-

  1. Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
  2. Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
  3. Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.
  4. Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam (Ummi tutup mangkuk adunan).
  5. Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (Ummi guna acuan kecil dan kukus selama 15 - 18 minit).
  6. Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi.

tak de lagi kuih hari jumaat untuk buah tangan mengaji kak rose, buat pun untuk makan sendiri jer... rindu sangat dengan kawan2 mengaji setiap hari jumaat.... rindu makan2nya, rindu gebang2nya.....

4 comments:

  1. AS SALAM... MINTA HALAL SEBAB SELALU RUJUK MENU RESEPI DARIPADA BLOG INI.... LAIN DARIPADA YG LAIN... ... FOLLOW TERUS BLOG NI.. KAK...

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam Alya... sama2 kita mintak halalkan resepi yang dicuba sbb kak rose pun cuma panjang2 kan resepi dari kawan2....

    ReplyDelete
  3. Dalam peti ais tu ada Labu.. esok boleh lah cuba resepi kak rose ni.. nampak sedap tu.. gebusss jer tengok :)

    ReplyDelete