resepi ni kak rose kopi dari blog CMG, tapi dia punya pai memang sangat cantik dan kemas la kan compare dengan kak rose punya ni...tapi yang penting sedap. mintak izin nak kongsikan kat dapo kak rose ni ya Mat.. kak rose guna acuan 3 1/2 inci, pastri dan inti ngam2 dapat empat biji ni.
BAHAN-BAHAN PASTRI :-)
300 gram tepung halus (che mat guna tepung gandum)
120 gram mentega, disejukkan dan dadu kecil
40 gram lemak sayur @ shortening
1 camca teh gula aising
1/3 camca teh garam
4 - 5 camca besar air ais
BAHAN-BAHAN INTI :-)
3 biji epal hijau, kupas kulit, buang empulur dan didadu
1/3 cawan kismis
2 1/2 camca besar gula perang (boleh tambah kalau suka lebih manis)
1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis
2 camca besar penuh mentega
1 camca besar penuh tepung jagung
1/4 camca teh garam
BAHAN-BAHAN LAIN :-)
1 kuning telur*
1/2 camca teh esen vanilla*
1 camca besar susu cair*(*dikacau rata)
CARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK PASTRI :- Satukan tepung, gula aising dan garam, kacau rata. Masukkan mentega sejuk dan lemak sayur. Gaul ramas dengan hujung jari sehingga mendapat teksture seperti serbuk roti. Masukkan esen vanila dan air ais sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan dan bungkus dengan plastik. Simpan dalam peti sejuk 30 minit.
- UNTUK INTI PAI :- Panaskan mentega, masukkan epal dan kismis, kacau dan tambah gula perang dan garam. Gaul rata dan masak dengan api kecil hingga epal lembut. Masukkan serbuk kayu manis dan tepung jagung. Gaul rata dan masak hingga inti pekat. Matikan api dan sejukkan.
- UNTUK PAI EPAL :- Panaskan acuan pada suhu 180C. Sediakan acuan sesuai (che mat guna acuan berukuran 6 inci). Keluarkan doh dari peti sejuk, kerat 2 dan ambik 1/2 bahagian dan simpan 1/2 lagi dalam peti sejuk. Tabur tepung atas meja kerja, canai doh kurang lebih 0.3 cm, kemudian alaskan pada acuan tadi. Kemaskan dan cucuk permukaannya dengan garfu.
- Isikan dengan inti pai, ratakan. Canai baki doh dan terap dengan acuan bentuk daun, susun ikut kreativiti anda pada bahagian atas inti pai sehingga menutupi semua bahagian. Kemudian sapu dengan bancuhan kuning telur masukkan ke dalam oven di rak paling bawah dan guna api bawah sahaja selama 40 - 45 minit atau hingga pai kelihatan perang keemasan. Keluarkan dan biar sekejap. Tanggalkan pai dari acuan dan boleh hidangkan.
yang sememeh tu la yg sedap tu kakrose!!
ReplyDeleteTak pe kak rose janji sedap ;)
ReplyDelete