Hari yang sangat2 tidak kak rose nantikan kedatangannya.. berpindah ketempat baru setelah selesa dengan suasana lama sangatlah sukar untuk diterima pada mulanya.... dengan harapan apa yang disuratkan itu tidak benar dan bukannya kenyataan sehinggalah tiba harinya yang memang tak boleh nak elak.... walau sedih mana sekali pun, hidup mesti diteruskan jugak. dan bila pagi tu nampak 2 buah lori movers dah sampai depan rumah, terma je lah hakikat that derang ni datang nak pack barang2 kami... relakan jer la diorang buat kerja walau hari rasa nak jer bukak balik segala kotak tu! lain sangat perasaan lima tahun lalu semasa nak berpindah dari Langkawi ke Shah Alam ni...
lapan orang budak movers company yang datang packing pun amik masa dari pagi sampai lepas maghrib baru habis semua... kak rose yang tak buat apa2 pun letih tengok barang2 yang begitu banyak....pinggan mangkuk, gelas piring suma yang dibalut bubble wrap satu persatu memang amik masa untuk disiapkan...,
memula derang siapkan barang yang tak mudah pecah dan senang handle... 3 buah set komputer dengan mejanya, av system dengan speakers n amplifier dan segala kabelnya.....
dan akhirnya penuh sendat 2 buah lori 3 tan ni dengan barang2... tak dilupakan pokok2 kesayangan kak rose.... merasa jugak pokok2 tu naik lori ke Penang...
next morning, lepas subuh kak rose bertolak dari Shah Alam menuju ke destinasi baru....bye bye Shah Alam dan rumah yang kak rose diami selama 5 tahun. Selamat tinggal jugak buat kawan2 yang kak rose sayangi, Insya Allah panjang usia dan dimurahkan rezki kita kan berjumpa lagi... and that those barang2 yang left behind....
bye bye semuanya.....
huhuhu...sedihnya. Belum sempat jumpa dan berkenalan dah pindah jauh. Semoga tempat baru memberi lebih ketenangan dan kebahagiaan.
ReplyDelete