kes nak menghabiskan cheese yang tersimpan sebelum ianya expired....lama dah teringin nak buat tat kentang ni, tapi asik ade jer tapinya.... tiada kerajinan langsung nak menggodeknya....tapi bila kenangkan cheese ni, sayang pulak kalau terbiar expired, transformkan ia jadi something mouthwatering. dan tu dia.... selambak cheese tabur kat atas tat tu...
sebelum kebakaran... serabut comot muffin pan tu. walaupun bahan x cukup, tapi kita yang buat dia kan, so guna lah apa yang ade dalam pantry.... crab stick tu kak rose gantikan dengan frankfurter yang disagat jugak... cuma kena beringat untuk kurangkan garam sbb dia kan dah masin...
bila dah melt.... overflow! bertambah serebeh tat kentang kak rose ni....apa pun mmg yummy bila pekena dengan sos cili thai n nescafe o tanpa gula.... makan hangat2 lagi lah ummmpph! resepinya kak rose cnp dari Ros Sinaranmenu. mekasih Ros... maaf ya kak rose memandai derhakakan resepi! boleh la kawan2 mencuba untuk juadah minum petang nanti....
Bahan-bahannya* 5 biji kentang dikupas basuh bersih dan diparut halus* 1 biji karot di kupas dibasuh dan diparut halus* 1/2 biji bawang besar juga diparut* sedikit potongan daun bawang* 2 batang crab stick dipotong kecil (kak rose gantikan dengan sosej)* 1/4 cawan susu* 3 biji telur* 1 packet mozzarella cheese
* garam dan serbuk lada putih ajishio secukup rasa
Cara memasak
1- Campurkan parutan kentang ,carrot dan bawang besar dalam satu bekas.Perah keluar airnya sebanyak yang boleh.
2-
Susu dipukul bersama telur dan tuangkan kedalam campuran kentang
tadi.kacau rata.Masukkan daun bawang isi kentang dan segenggam penuh
cheese dan gaul sebati..
3- Sapukan butter atau minyak masak
sekeliling muffin pan.Masukkan sesudu besar adunan kedalam acuan dan
letakkan sedikit cheese diatasnya.
4- Bakar dgn kepanasan 190C selama
lebih kurang 20 minit atau sampai cheese bertukar keperangan.Sejukkan
seketika sebelum dikeluarkan .
5- Siap dihidang bersama sos pilihan atau makan begitu sahaja.
sedapnya tat kentang ni..nyum nyumm
ReplyDelete