sambal telur hancur ni kak rose buat dah dua hari lepas nampak tayangan amal yang sangat menggoda jiwa kat blog Gee Hut... teruslah menggodeknya dengan bahan ape yang ade kat fridge...jadi le untuk lepaskan kempunan tertelan air liur jer kan... simple, sedap dan sungguh jadi penambah selera makan nasi selepas hampir dua minggu cuma makan bubur ala2 mekdi tu... bila dapat sambal telur ni jadi bertambah2 nasi pulak!. mekasih Gee yang kongsikan resepi sempoi yg sedap ni... sapa nak cuba meh kak rose kongsikan resepinya kat sini. mekasih sekali lagi ya Gee.
SAMBAL TELUR HANCUR
3 biji telur
10 biji cili padi (kak rose buh 3 biji cili api+sebiji cili merah je.)
2 biji bawang besar
(1 bj blend bersama cili padi, 1 biji lagi hiris bulat)
1 sudu sos tiram
Garam secukup rasa
Minyak masak
Tomato - yang ni kak rose tambah.
Cara :
Mula² tumis cili padi dan bawang yang dikisar/tumbuk. Kacau2
dan perasakan dengan garam. Tambahkan sos tiram dan bawang hiris.
Pecahkan telur terus ke dalam kuali tadi dan biarkan membeku sedikit
baru dikacau. Gaul rata dan siap!
p/s : kalau suka boleh juga telur digoreng asing dan kemudian baru dicampur sambalnya dan hancur2kan...
sedapnya...
ReplyDeleteSedap sgt
ReplyDelete