Thursday, July 10, 2014

Udang 5 spices

 lauk sempoi malam semalam.... udang 5 spices yang sedap, kira tak rugi memasaknya sbb habis dimakan kami tiga beranak... resepi dari blog My Small Kitchen. mekasih ya kongsikan resepi ni...



Bahan-bahan ( 3-4 org )

300 gm udang
* 3 biji bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 2 hiris halia
3 sb lada boh (kak rose kurangkan, x tahan pedas...)
1 sb sos tiram
2 sb sos tomato
1 sk kicap pekat
1 sk rempah '5 spices'
garam and gula secukup rasa
Tomato belah 6
1 labu bwg besar belah 6
daun bawang potong dlm 1 inci (x de la pulok!)

Cara-cara

Kisar bahan bertanda *. Tumis bahan kisar higga naik bau.
Masukkan lada boh dan tumis hingga garing. Bila lada sudah garing masukkan udang.
Bila udang setengah masak masukkan sos tiram, tomato, kicap pekat dan rempah 5 spices.
Masukkan garam dan gula utk melengkapkan rasa.
Masukkan tomato, bawang besar n daun bawang bila udang hampir masak. Masak hingga udang masak dan sedia utk dihidang.

*** kak rose goreng dulu udang tu dengan garam kunyit, so masukkan selepas semua sos dan sebati.

6 comments:

  1. Aduhai, sedapnya nampak udang 5 spices ni!

    ReplyDelete
  2. Mummydearie, boleh lah buat untuk menu berbuka petang nanti. gerenti sedap!

    ReplyDelete
  3. sodap2!malam ni jugak try untuk berbuka nanti..!

    ReplyDelete
  4. tgk gambar jer dah tau mesti sedap kan kak rose

    ReplyDelete
  5. mai has, selamat mencuba dan menikmatinya....

    ReplyDelete
  6. Khairul Bariah, dijamin sedap. x rugi mencubanya!

    ReplyDelete