meh kak rose kongsikan resepinya kat sini.... kopi dari dapur sifu masak2 CMG yang femes tu. mekasih ya Mat... walaupun kak rose x de daun ketumbar tu, tp tetap sedap pada kak rose ni....
BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji mangga epal, yang mengkal, diparut atau hiris memanjang
4 biji bawang merah, hiris halus
1 batang serai, ambil bahagian putih sahaja, hiris halus
1 kuntum bunga kantan, hiris halus
Sedikit daun ketumbar, hiris halus (tak letak) (kak rose pun x dak!)5 biji cili padi, hiris halus (mat guna 4 merah dan 4 hijau) (kak rose guna 2 biji jer)
2 camca besar udang kering, rendam dlm air panas sekejap, tos dan tumbuk halus
1 camca besar gula pasir
1 camca besar perahan jus limau nipis (mat guna limau kasturi)
2 camca besar sos cili Thai (mat guna sos chili thai "LIFE")
4 camca besar kerisek (mat guna 2 camca besar sahaja)
Sedikit garam, jika perlu (mat guna sos ikan)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Dalam mangkuk besar, campurkan mangga dengan semua bahan-bahan yang dihiris dan dimayang tadi. Gaul rata.
- Masukkan gula, udang kering, jus limau nipis, sos cili Thai, garam dan akhir sekali kerisek.
- Gaul rata semua bahan hingga sebati dan seimbangkan rasa ikut tekak memasing. Hidangkan dengan nasi putih. Selamat Mencuba...!
as salam Kak Rose, adoii sedap nya kerabu ni sama macam org brunei jugak ni ada kerisek
ReplyDelete