Salam hari minggu buat kawan2 semua.... x de air kat shah alam ni n incik suami pun asik ade kerja jer, jadi 2 hari ni kak rose terperuk kat rumah ngadap menda ni.... nak masak pun air tak de kan, sebenarnya memang x rajin nak masak.... makan kat luar jer la mudah cerita kan....dan ni cerita hari jumaat lepas, nak jugak tepek kat sini buat kenangan bersama jemaah muslimat dalam majlis bacaan surah Al-Khafi kat rumah kak rose... Alhamdullilah dipermudahkan, walaupun rumah sempit tp ramai yang sudi datang.... sayang semua kawan2 ketat2!
part yang best.... menjamu selera selepas bacaan.... bermacam2 kuih yang dibawa oleh kawan2 sampai penuh 2 meja.... tuan tanah bz sampai x sempat nak amik gambar juadah pun... kak rose cuma sediakan lontong untuk pagi tu dan air teh n sirap jer...
ibu Pah yang datang dari Serendah dan Datin Siti .... terima kasih sudi datang ya...
menjamu selera sambil pot pet.... apa lah agaknya yang dibual kan tu ya?....
dan selepas majlis tadi.... g pulak rumah kak Som untuk gotong royong bungkus kuih koci untuk majlis kenduri aqiqah cucu puan Hajah Mariam pada petangnya.... x hengat dapor yang berkecah, tapi happy jer nak bersama kawan2 mengelap dan membungkus kuih koci tu..
sambil megasah skill cara nak bungkus kuih koci sambil gebang2, bila beramai2 cam ni, sekejap jer dah siap membungkus beratus2 kuih koci... maklumlah semua dah expert, kecuali kak rose yang keras tangan nih! lepas kuih koci buat pulak tepung gomak, kuih lopes ubi n buah melaka.... banyak dapat belajar dengan otai yang expert baut kuih muih. mekasih semua, pengalaman yang tidak boleh dibeli.....
ni lah yang diraikan petang tu.... Shafa Humaira yang baru berusia 40 hari, cucu perempuan pertama pada Puan Hajah Mariam, ketua muslimat kat kawasan kak rose ni.... tahniah.
cantik sungguh.... sampai ade anak kecik yang tanya kenapa pengantin baby jer? kuit kan pertanyaan anak2 ni... dan selepas habis majlis ni kak rose g pulak rumah kawan, ziarah anaknya yang sakit terkena cermin sehingga mendapat 32 jahitan kat peha n badan. kemalangan terjadi kat sekolah masa anak ni sedang sembahyang asar dan tertolak oleh budak yang bermain kat luar hingga pecah sliding door dan mengenai anak ini.... kesian kan, tapi apa pun malang tak berbau dan harap cepat sembuh dan dah tak sabar nak pergi sekolah semula.....
tu la heticnya hari jumaat kak rose... bermual dari pagi siapkan lontong untuk juadah hari tu hinggalah kepetang....walaupun penat sebenarnya, tapi sangat enjoy n happy dapat berjumpa dan berkenalan kawan kawan semua.....
salam singgah..
ReplyDeleteTq sudi singgah ruamah maya kak rose ni.....
ReplyDelete