bila dah garu kepala sbb terlebih kaler oren, terus lah berhati2 untuk next kaler... terkurang lah sudah, sampai x nampak kuning tu. apa pun mmg sedap kuih ni dengan lemak n manis yang sangat sesuai untuk ternak lemak, yang penting sangat laku masa makan2 selepas bacaan surah ak-khafi tadi. Alhamdullilah dan terima kasih pada Yatie yang sudi kongsikan resepi ni.
Lapisan Bawah:
- 1 1/2 cawan pulut
- 1 1/2 cawan santan cair (saya letak 1 cwn je..bergantung pada jenis pulut)
- sedikit garam
- Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
- Lapikkan plastik dalam loyang bulat 10 inci.
- Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak...dlm 30 minit.
- Setelah masak, angkat dan tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
- **Sapu plastik dngn sedikit minyak, ratakan dan tekan2 pulut supaya mampat.
- Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas selapis demi selapis.
Lapisan Atas
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar tepung beras
- 2 sudu besar tepung jagung
- 1 cawan gula
- 4 1/2 cawan santan sederhana pekat
- 1 sudu kecil garam
- Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
- Bahagikan adunan kepada 4 bahagian (kak rose buat 3 kaler jer)
- Masukkan pewarna hijau, merah, kuning dan purple dlm setiap bahagian.
- Masukkan 1 senduk adunan hijau keatas lapisan pulut tadi dan kukus selama 7 minit.
- Lapiskan pula 1 senduk adunan merah dan kukus lagi selama 7 minit.
- Lapiskan lagi adunan purple dan kukus selama 7 minit.
- Lapiskan lagi adunan kuning dan kukus lagi selama 7 minit.
- (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus lagi selama 20 minit ).
- Kuih hendaklah betul2 sejuk, barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik.
- Sejukkan dan bolehlah dipotong.
sedapnya tngk pulut seri warna K.Rose ni, lama Yatie tak menalam..tetiba teringinlah plk...suka kuih2 mcm ni...
ReplyDelete