salam Jumaat yang mulia pada kawan2 semua... masak sadin pun nak tepek kat sini kan...sadin pun dah bapak main mahal sekarang ni kan... dan dalam tin beso tu cuma ada sepotong ikan yg beso n 2 potong anak ikan...nasib baik cuma untuk kami berdua jer...kalau ramai pasti x cukup dengan setin beso sadin! resepi masak sedap ni kak rose amik dari Bukan Sekadar Masakan, mekasih ya Ros kongsikan resepi nya..
Sambal Sardin Sedap
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahannya
1 tin ( saiz sederhana) sardin - ros guna jenama botan
4 sudu besar bahan kisar ( 4 tangkai cili kering+bawang putih+bawang merah@bawang besar)
sedikit air
1 keping asam gelugor
secubit garam
1 biji tomato dibelah 4 atau enam bahagian
1/2 biji bawang besar dihiris kasar
sedikit minyak untuk menumis dan menggoreng ikan sardin
1 biji cili padi dihiris halus
(sedikit halia - yg ni kak rose tambah)
cara-caranya
1. Keluarkan ikan sardin di dalam tin dan asingkan ikan dan kuahnya,
kemudian ikan di belah dua dan buangkan tulang di dalam ikan itu.
2. Panaskan sedikit minyak dan goreng ikan sardin tu sebentar,
kuantiti minyak jangan banyak sangat ya, agak-agaklah sebab minyak
menggoreng ikan sardin ini akan digunakan semula untuk menumis bahan
sambalnye nanti.
3 Goreng ikan sardin sebentar, pastikan api jangan terlalu besar, api
sederhana, balik-balikkan ikan dan bila nampak ikan agak garing sedikit
permukaanye angkat dan ketepikan.
4. Di dalam kuali yang sama dan minyak yang sama, tumiskan bahan
kisar hingga naik bau dan masukkan kuah sardin tadi, masukkan juga
sedikit air, biarkan agak mereneh baru masukkan ikan sardin yang
digoreng tadi bersama asam gelugor, hirisan cili padi, hirisan tomato
dan hirisan bawang besar kacau sebati, sesuaikan rasa, masukkan sedikit
garam.
5. Setelah bawang dan tomato layu, tutup api dan sedia untuk dihidangkan panas-panas bersama nasi putih. Selamat Mencuba.
Dah bapak mahal sardin sekarang kak rose... aduh nak beli ikan masin jer ada yg darah tinggi... tapi sambal sardin tu dah cukup menggoda tekak saya kak rose :)
ReplyDeletebahan xde nk masak..ikan sardin je ade...kahkahkah
ReplyDelete