Wednesday, January 15, 2014

Cucur ikan bilis air panas

 tadi nampak cucur ni kat blog kakpb, x pernah pulak kak rose buat cucur guna air panas melegak ni... dan buat orang yg memang pebret dengan segala cucur aka cekodok, ni adalah suatu yang baru buat kak rose dan semestinya lah ingin mencuba.... nampak macam gebu n kembung jer walaupun tanpa baking powder segala.... meh tengok resepinya... tp maaf ya kakpb sbb  kak rose dah tukar udang jadi ikan bilis.. itu jer yg ada dalam stok....

3 cawan tepung gandum* 
udang segar di cincang*  (kak rose buh ikan bilis jer)
1 biji bawang besar potong2 kecil*  
1 biji lada merah(dihiris)*  
daun sup/bawang (hiris)* 
1/2 btg carrot (kakpb tambah sendiri)
  • garam secukup rasa* 
  • 2 1/2 cwn air panas mendidih  dan minyak untuk menggoreng
 1. Satukan bahan bertanda* dan gaulkan kesemua bhn*
 2. Bulatkan lubang ditengah adunan
.3. Tuangkan air panas dan kacau dengan cepat. adunan akan menjadi berat dan kental
 4. Bentukkan adunan spt bebola mengikut selera..
 5. Panaskan minyak.. dan gorenglah dengan api sederhana hingga kekuningan..

dan dipetang yang hujan ni, menikmati cekodok cicah sambal kicap jawa adalah suatu yg heaven. jemput minum semua...

12 comments:

  1. Salam kak rose, hehe..resipi asal mmg ikan bilis drp Dzana Ispirasiku dan Anna Qawina. Kita yg mandai2 ubah udang..hehe...gebu kan?

    ReplyDelete
  2. Assalam,

    Sedap nih... makan tak leh beronti...

    ReplyDelete
  3. zana, kak rose pun pandai2 jer ngubahnya... ikut mana yg ade stok. apa2 pun mmg best... lembut jer.

    ReplyDelete
  4. Along pun dah buat ni tapi tak sempat pun nak entri sbb laju sgt kena kena sambor....dap dap kan. A'ah Along pun amik kat blog Dzana, dia yg perkenalkan dulu.

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Rose,

    bertembung secara kebetulan hari ini ya... Kak Rose dengan cekodok masin dan Ratna pula dengan cekodok manis, jadinya nyaman intisari kita yang serupa tapi ta' sama... ter..senyum manis jadinya Ratna !

    Gimana pun Ratna tidak pernah tahu mengenai cekodok ikan bilis yang menggunakan air panas, tampak molek kejadiannya... nanti-nanti akan Ratna cuba ya Kak rose.

    Dari jauh nun disana... Sejambak ucapan Selamat Tahun Baru kepada Kak Rose dan seisi keluarga semoga apa sahaja yang didoa-niatkan diberi rahmat didalam kesejahteraan hendaknya.
    Salam mesra semanis madu.

    ReplyDelete
  6. kak rose... nk cucur 2 hinggit!

    ReplyDelete
  7. Along, makan masa panas tu mmg x leh nak brenti kan...patut le cepat je abesnya!

    ReplyDelete
  8. salam tahun baru jugak buat Ratna n keluarga.

    jenis kudapan yang sama, cuma rupa bentuk dari keras tangan kak rose ni mmg x leh nak sama cantiknya dengan kehalusan masakan ratna!

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum kakrose... selalu buat jemput2 air panas ni sedap dan lembut jer...:)

    ReplyDelete
  10. beberapa hari lepas buat cekodok lps magrib...makan dgn anak2 sekejap da licin...penangan cekodok air panas...mmg lembut tak menghampakan.

    ReplyDelete