Wednesday, December 4, 2013

Ubi rebus berempah

 salam hari yang mendung jer ni.... hujan x de tapi hari sangat mendung dan muram jer. kesian sungguh tengok gambar2 banjir di kuantan dan pantai timur tu kan... ade yang tinggal bumbung jer...harap semuga semua dipermudahkan kepada  yang terlibat dengan banjir ni...


 gambar dari king jason

gambar banjir di felda seberang tayor, kemaman.... hanya nampak bumbung jer, muga warga felda ni akan dapat perhatian yang terbaik dari pihak berkuasa dan bantuan akan segera sampai kepada yang terlibat...dan muga the weather will be nice to us, Insya Allah.

dan musim hujan cam ni memang senonim dengan ubi kayu kan...baru nak menaip ni pun ade terdengan kat sinar fm, ada pendengar yang sedang rehat2 dan menikmati ubi rebus dengan sambal tumis...kak rose pulak buat ubi rebus berempah....sambil menaip sambil ngap ubi rebus berempah yang sedap ni....habis sepiring dah! resepinya dari hana, kak rose kongsikan kat sini lak ya...


Bahan-bahan
  • 1 kg ubi - potong spt nak merebus dan bersihkan.
  • 4 sb ketumbar* - hana campur jintan tp lebihkan ketumbar
  • 3 biji bwg merah*Link
  • 3 ulas bwg putih*
  • segengam ikan bilis*- lagi byk lagi best.. (kak rose nyer terlebih suda....)
  • sedikit kunyit
  • garam secukup rasa.
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara
  • Tumbuk bahan*.
  • Tumiskan bahan* dalam kuali hingga berbau harum..dan masukkan garam
  • Masukan ubi dan gaul rata
  • Masukkan air hingga paras ubi/menutupi ubi
  • Tutup kuali, dan biarkan sehingga ubi empuk.
  • Apabila air ubi hampir kering, buka tutup kuali dan kacau rata supaya tidak hangit.
  • Kacau perlahan sehingga air ubi kering.. tutup api

5 comments:

  1. Allah, kesiannye pada penghuni rumah² tu. sila beperhatian yang lebih ye pihak² berkuasa sekalian

    ReplyDelete
  2. Tak tahu la... ade pihak berkuasa yang nampak keadaan ni ke tidak?

    ReplyDelete
  3. Kalu dah rebus, tak sempat dah nak buat rempah sambalnya. Terus ngap jer! hahaha

    ReplyDelete
  4. Azie, ni rebus sekali dengan rempah tu...kalau buat asing2 mmg x de la gamaknya!

    ReplyDelete
  5. Memang sedih tgk keadaan banjir di Kuantan...ramai rakan2 ofis k.gee yg terlibat... ada yg hampir hanyut sambil dukung anak... YaAllah sgt kesian

    ReplyDelete