Sunday, October 20, 2013

Daging goreng kunyit

resepi sempoi yang menyelerakan... banyak daging korban, so meh la buat lauk yang simple2 cenggini..ni kak rose buat hari jumaat lepas, ari ni dan semalam mmg gantung piok. .mudah dan cepat jer dapat makannya. resepi kak rose cnp dari duniacikguwan.

Bahan-bahannya;
1/2 kg daging dipotong kecil dan nipis.
Sedikit kunyit
Sedikit garam

1 labu bawang besar-dihiris
1 biji cili besar- sedap lagi cili solok
*ada orang letak bawang putih- saya tak suka.


Cara-cara
  1. Gaulkan daging dengan kunyit dan garam.
  2. Masukkan dalam kuali dan masukkan air hingga tenggelam dagingnya.
  3. Masukkan sesudu minyak masak-untuk lembutkan daging.
  4. Rebus hingga kering airnya (sambil2 tu rasakan dagingnya, kalau belum lembut tambahkan airnya lagi)
  5. Bila air dah kering, masukkan sedikit lagi minyak untuk menggoreng daging.
  6. Bila dah hampir garing, masukkan bawang yang dimayang serta cili potong.
  7. Siap!!

7 comments:

  1. salam kak rose..

    walaupun resepi sempoi tapi yang penting sedap..

    ReplyDelete
  2. Saya tak sempat nak buat menu ni, sebab daging korban dah habis. heheheh

    ReplyDelete
  3. sedapnye..nampak sedap..kne cube nih..jom semua singgah blog sy..http://mamashahfiras.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. terima kasih for the recipe.. nak buat untuk sahur awal pagi nanti :)

    ReplyDelete
  5. Tq for the recipe...sedap sgt...
    Jmput ke blog saya...semoga info nya bermanfaat untuk anda!

    www.welovevit.blogspot.com

    ReplyDelete