salam hari rabu buat semua.... buat kuih lapis emergency ni untuk jamuan kawan yang mengadakan kenduri doa selamat untuk sianak teruna yang akan melanjutkan pelajaran ke UK. kak rose namakan kuih lapis emergency sbb mmg suntuk masa nak buatnya... pagi semalam juga kak rose memenuhi jemputan bacaan Yasinan untuk jiran setaman yang akan berangkat ke tanah suci, semuga jiran2 kak rose ni akan selamat pergi dan kembali dan mendapat haji yang mabrur dan dipermudahkan segalanya....
dan bila dah jumpa ramai2, pasti ada makan2 dan juga pot pet tambahan, tentu lah lambat jugak nak balik. dah menjelang tengahari baru balik, jam tu la kelam kabut nak siapkan kuih emergency ni... masa ni terpk nak buat yg mudah2 jer.... terus kuorkan kelapa yang keras kejung dalam freezer, microwavekan dan perah dengan air panas, and terus buat the rest...
dah siap kukus, sejukkan kejap terus masuk dalam freezer, nak bagi cepat sejuk supaya mudah nak potong... nasib baik x terus beku jadi ais kan.... dan inilah kuih lapis cokelat emergency kak rose untuk kenduri dirumah ita...resepinya dari special moments....
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
3/4 cawan gula
3 cawan santan
1 sudu teh garam
pewarna kuning dan Coklat Emulco (kak rose tambah 1 tsp nescafe)
Cara:
sapu loyang dgn sedikit minyak masak dan panaskan dlm kukusan.
campurkan semua bhn dan tapis,
selepas itu bahagikan kepada 2 untuk warna
kuning dan coklat.
Kukus setiap lapisan selama 8 minit. (buat 6 lapis)
nampak sedap & cantik dipandang mata. emegency pun jadik...kalau sy tak tentu lagi
ReplyDeletefaziyanbatrisyia, ni betul2 emergency...in one and half hour dah siap boleh potong tau!
ReplyDeleteCantiknya kak rose melapis tu... saya dah tunggang langgang kalau waktu emergency ni :P
ReplyDeleteAssalam...guna Loyang size brp ye utk kukus kuih ni. Terima kasih
ReplyDeleteYati, yang tunggang langgang tu saja je x tepek kat sini...
ReplyDeleteSalam Maizon, yg ni kak rose guna size 8x8, nampak nipis la jadinya...kena guna yg kecik sket baru la cantik, kan?
ReplyDelete