Wednesday, July 3, 2013

hasil bercucuk tanam di dalam drawer!

 salam bulan Julai semuanya.... bersawang dan berhabuk dah rumah ni....entah apa yang disibukkan oleh tuan tanah ni pun x tau la....tp yang penting kena sangat kurangkan masa mengadap menda ni, nak bagi frozen shoulder ni elok dulu. baru dua kali menjalani physio therapy, masih belum pulih sepenuhnya dan masih jugak belum boleh lift to the side sepenuhnya. ada empat kali lagi nak kena attend therapy tu, tp ya Allah sakitnya masa dia lipat tangan ke tepi dan kebelakang tu... esok kena mengadapi sakit tu lagi buat kali ke tiga.... rasa macam x nak g dah! tapi camner nak baik sakit tu kan?

eh nak citer pasal hasil menanam keledek dalam drawer ni, tp dah merapu panjang lak .... sebenarnya keledek ni dah lama bli tp x terbuat apa dan simpan jer dalam drawer campur kentang semua... vitamin m tu banyak sangat sekarang ni, nak masak2 pun malas sangat, jadilah keledek tumbuh bercambah dalam drawer tu dan baru hari ini dapat buat kuih untuk minum petang tadi. 2 dalam satu sekali buatnya.... adunan yang sama tapi kuih yang berbeza intinya...kentang pun dah nak bercambah jugak... ade kah kerajinan nak mentransferkan nya menjadi inti karipap? harap2 datanglah vit. r tu pulak, boleh buat dan frozenkan untuk stok bulan posa nanti kan...

selamat sudah jadi menu minum petang kami tadi.... 
cek mek molek n cucur badak yg gumuk2 cam badak gak!

5 comments:

  1. salam..
    cek mek molek kuih favret saya pada bln puasa...sedapnya.

    ReplyDelete
  2. sy baru tau nama kuih tu cek mek molek. MIL buat kelmarin.. hehe BW sini.

    ReplyDelete
  3. sedap... dah lama tak makan kuih tu

    ReplyDelete
  4. punyalah berfikir mengenai teknologi baru tanam sayur dalam drawer... haih...

    ReplyDelete
  5. Ija, mmg sedap untuk bukak posa nnti kan..

    DiilaNordin, kueh kelate yg femes tu. sedap kan?

    akudonjuan, boleh la buat sendiri nnti..

    Anon, teknologi malas namanya!

    ReplyDelete