Bahan:- (loyang 8x8x3 inci)
- 1500 ml santan (dari 2 biji kelapa) (*akak guna santan kotak 1000 ml + 500 ml air)
- 250 gm gula pasir (akak kurangkan 235 gm saja)
- 250 gm tepungberas (cap Gajah)
- 50 gm tepung Hoen Kue (warna putih)
- 1/2 st. esen vanila
- 1 sk. garam
- (kak rose buat separuh dari adunan ni)
Cara-Cara:-
- Satukan kesemua bahan dan kacau hingga sebati dan ditapis.
- Masak adunan hingga pekat dan berkilat (hendaklah dikacau sentiasa supaya tidak berkerak).
- Tuangkan aduann ke dalam loyang yang beralas daun pisang atau setakat disapu minyak aje.
- Bakar dalam oven dengan api grill dulu hingga permukaan kuih garing sikit atau berkulit, kemudian bakar dengan api bawah hingga masak pada suhu 180C lebihkurang 30 minit. (*note - akak bakar 30 minit api atas (grill), then 30 minit api bawah sj, then 10 minit lagi api atas n bawah)
- Biarkan kuih benar2 sejuk baru dipotong dan dihidangkan. Kuih ni agak lembik ketika masih panas dan akan keras sedikit bila telah sejuk tapi memang lembut bila dimakan.
Assalamualaikum kak Rose sdp tu bingka putih mcm ni..nak pulak garing2...pekena teh o panas mmg syok layan
ReplyDeletesalam k.rose…..saya baru makan ptg semalam (bkn buat tapi jiran bagi)…….sedap juga & terfikir2 apa bhn2 digunakan. sekali krose dah share resepi. saya simpan ye kot2 terajin nak bt.tq
ReplyDelete