Saturday, February 9, 2013

Cucur kembung

 kong si kong si kong si ne..... nak nyanyi jugak walaupun hati manyak geram sbb komputer ni asik buat hal jer this lately....  windows xp tu asik meragam jer...kejap kejap hang, kejap kejap hang.... mau x naik hangin satu badan dibuatnya!  tukang betulkan tu kata banyak software yg dah x disupport, so sekarang ni guna windows seven pulak.... kak rose ni mmg x rajin nak explore menda2 yang baru cenggini.... masih nak jugak dengan xp tu, tp apakan daya.... bila dah terpaksa, merangkak2 nak mulakan.... nak cari gambar yg dah donlod kat xp pun sampai naik geram, pastu bila nak edit gambo pun satu hal jugak....maklumlah komputer kak rose ni banyak nyawa.... windows xp, seven, vista, lion lah. adei...  nnti lah pelan2 belajar.....

nak buat satu entry ni pun sampai tengah malam.... sbb tukang betulkan komputer ni siap amik nap dulu petang tadi dan sambung malam lak....nak jugak try sampai boleh...resepinya godek kat Sajian Dapur Bonda.... yg istimewanya cucur ni ada mayonis dalam bahan dia.  gebus jer walaupun dah sejuk. mekasih kongsikan resepi ni dan kak rose nak sharekan kat sini lak ya....

Bahan-bahannya:
3 cawan tepung naik sendiri (self raising flour) (kak rose guna tpg gandum + 2tsp baking powder)
3/4 cawan gula pasir halus – boleh tambah gula sekiranya suka manis
½ sudu kecil garam
3 sudu besar mayonis
1 biji telur
½ sudu esen vanilla/ros - opsyen, tak letak pun tak ape
Air panas (suam) secukupnya
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara menyediakannya: 
1. Masukkan kesemua bahan di atas di dalam satu bekas kecuali air panas (suam). Gaul rata. Masukkan air sedikit demi sedikit seperti bancuhan membuat jemput-jemput. Gaul sebati.
2. Memandangkan resepi ini menggunakan tepung naik sendiri, maka ia tidak perlu diperap terlalu lama, hanya lebih kurang 20 minit sahaja atau sehingga bancuhan kembang.
3. Panaskan minyak secukupnya. Guna api sederhana. Jangan terlalu panas, ditakuti renting di bahagian luar tetapi tidak masak di bahan dalam.
4. Sebelum menggoreng, bancuhan tepung tadi hendaklah digaul sekali lagi supaya rata.
5. Kemudian jemputlah bancuhan tepung sama ada dalam bentuk bulat-bulat atau dalam bentuk lonjong.
6. Goreng sehingga kekuningan, kemudian diangkat dan ditoskan.

3 comments:

  1. Memang betul2 kembung... tapi kembung yang gebu & lembut! Sedapnya....

    ReplyDelete
  2. Amie, mmg kembung sgh n lembut gebus wpun dah sejuk

    ReplyDelete
  3. Amie, mmg kembung sgh n lembut gebus wpun dah sejuk

    ReplyDelete