Wednesday, December 5, 2012

Udang celup tepung

 udang goreng celup tepung yg dah tinggal gambar saja.... hari tu ada terpandang udang ni berposing cantik kat dapur Nor Secubit Garam dan mula lah tekak ni nak jugak merasa ....  lagipun rasanya lama dah x buat udang celup tepung cenggini...  dan kali ni buat ikut resepi dari Nor secubit garam. mmg ngam punya. x caya cer try cuba, pasti nak lagi nnti. kak rose mintak izin nak kongsikan resepinya kat sini ya dan mekasih banyak2...

UDANG CELUP TEPUNG
resipi : K.Nor

Bahan ~ utk bancuhan tepung:

1 cawan tepung gandum
1 cawantepung beras
2 sudu besar serbuk cili kasar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 sudu besar serbuk kari
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam

Cara:
Masukkan kesemua bahan2 ke dalam sebuah bekas dan gaul hingga sebati.
Ketepikan.

Bahan ~ utk Udang Celup Tepung:
300 - 500gm udang saiz sederhana
1 - 2 biji telur ~ dikocok sedikit
bancuhan tepung secukupnya
minyak 
 (untuk 15 ekor udang kak rose cuma buat separuh dari adunan ni)


Cara:
Bersihkan udang, terpulang samada nak buang kepala atau tidak (sekiranya kepala tidak mahu buang kepala, gunting sesungut dan juga muncung udang)
Toskan hingga kering.
Gaul udang bersama dgn telur hingga rata.
Ambil sebahagian bancuhan tepung tadi dan gaulkan udang satu persatu ke dalamnya hingga rata.
Goreng udang yg dah digaulkan tadi ke dalam minyak yg dah dipanaskan hingga kekuningan.
Angkat dan toskan minyak.
Hidangkan bersama sos cili kegemaran.
*selain utk menggoreng udang, bancuhan tepung ini juga boleh digunakan utk menggoreng cendawan, ayam, sotong atau juga sayuran spt peria (bg yg suka peria), terung, bendi bagi penggemar sayuran..

2 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Rose harap sihat yee...sdp tu udang celup tepung meratah byk syok...lama pulak x buat manu mcm ni....nak g cari udang lahhhh :-)

    ReplyDelete
  2. Sedap udang celop tepung ni kak rose.. tapi bila saya buat ni.. anak2 makan udang .. mamanya makan tepung huhuhu...

    Bak sepiring kak rose nak makan udang dengan tepung tu sekali :D

    ReplyDelete