Friday, October 19, 2012

Panduan wuduk bagi pesakit cam kak rose

 jari yg gumuks bertambah bolat sbb a bit swollen....

Asalamualaikum dan selamat pagi Jumaat yang mulia.... walaupun menaip dengan tangan kiri jer tapi nak jugak sharekan pengalaman kak rose berwuduk/bertayammum ketika tangan berbalut sakit x leh kena air ni.... selama ni mmg x pernah hirau menda2 cam ni.... cuma tau asas masa belajar zaman sekolah ugama dulu.... ni pun puas menggogle dan baca dengan tengok you tube jugak dan akhirnya jumpa panduan dari Jakim ni. lengkap n sangat mudah difahami. untungnya segala info dihujung jari ni kan, cuma kena rajinkan diri ngadap komputer.... tapi ingat, jangan sampai jadi macam kak rose ni... beringat2 lah sebelum CTS menyerang ya adik2 suma...

ni yang kak rose copy dari website Jakim untuk panduan kita semua terutama untuk diri sendiri yang tangan berbalut x leh kena air +- 2 minggu.... adoyaiiii
Bagi pesakit yang tangannya tidak boleh kena air.

Cara pertama
i . Berniat mengambil wudu’ semasa membasuh muka.
ii. Membasuh tangan yang sihat dan disapu air di atas
tangan yang berbalut.
iii. Bertayammum.
iv. Menyambung wudu’ dengan menyapu air ke kepala.
v. Membasuh dua kaki.

Cara kedua:
i. Berniat mengambil wudu’ semasa membasuh muka.
ii. Bertayammum dengan menyapu debu ke muka dan
menyapu debu ke tangan hingga selesai.
iii. Menyambung wudu’ dengan membasuh tangan yang
sihat dan disapu air di atas tangan yang berbalut.
iv. Menyapu air ke kepala.
v. Membasuh kaki. 
 
debu tayammum yang kak rose bli sebelum operation.... memula x terpk pun debu ni ada jual, tp cik google telah banyak memudahkan keperluan kak rose for this trying time..... dan pada sapa2 yang nak tau lebih detail tentang cara berwuduk untuk bahagian x boleh terkena air, sila lah g pada link Jakim yang kak rose dah bagi tu.... semuga dapat membantu dan memberi panduan buat kita semua. Insyaallah.

23 comments:

  1. Syafakillah kak rose..

    Terima kasih dengan info yang sangat berguna mengenai tayammum ini :D

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Rose..lama btul Sally tak jengah sini...rumah Sally pun dah lama bersawang jer..apa kena tangan K'Rose? Sally doakan semoga akak cepat sembuh ya..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak rose,
    moga bertambah sihat hari ni ye..
    alhamdullillah.. boleh bersolat walaupun keadaan mcm tu kan.. terima kasih share info ni.. :)

    ReplyDelete
  4. terima kasih berkongsi info.. saya pun sama ingat2 lupa dah cara bertayammum ni sbb belajar pun masa sekolah agama dulu lah juga... aritu ada anak cerita kat sek agama dia.. ustaz ada tunjuk debu tayammum tu masa dorang belajar tayammum... zaman kita dulu mana ada lagi kan....

    semoga kak rose cepat sembuh...

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kak rose, sudi share...rehat elok2 ok, jgn ganas2..hehe

    ReplyDelete
  6. semoga cepat sembuh :) kawan cakap bedak tu bau busuk.. betul ke?

    ReplyDelete
  7. semoga cepat sembuh ya k.rose.. DIA nak suruh k.rose berehat la tu :)

    ReplyDelete
  8. Hello Kak Rose, my bahasa out of tune. But what happened to your hand?
    Here's wishing you a quick recovery.
    Best regards.
    Lee.

    ReplyDelete
  9. Sama2... sharing is caring kan...

    ReplyDelete
  10. Sally, carpal tunnel syndrome... kebas ujung jari tu n tq ya

    ReplyDelete
  11. Waalaikumsalam nani, alhamdullilah masih diberi kesempatan untuk melakukannya.n tq

    ReplyDelete
  12. Madiha, mmg kita x terjangka kan...tp bila dah kena terpaksalah cari info yg boleh mmbantu. nasib baik ada cik google!

    ReplyDelete
  13. sama2 mat... x pernahnya kak rose mengganas! he he he

    ReplyDelete
  14. zizie, tq. it's debu n odourless

    ReplyDelete
  15. Nor, tq. DIA beri peringatan...

    ReplyDelete
  16. Hai Uncle Lee... lama x dengar cerita...

    my hand kena carpal tunnel syndrome n kena operate n recovering now

    ReplyDelete
  17. Salam perkenalan kak Rose.

    Tak tahu pula saya ada di jual debu tayamum ni. dulu masa kalau takde air, ustaz saya kata boleh pakai bedak. emm, maybe boleh standby debu tayamum ni in case rumah or g somewhere yg xde air kan? good info kak rose, tqvm.

    Kak rose. red harap kak ros cepat sembuh.

     Nanti jemput ke blog saya ye.
    REDCOMEL

    ReplyDelete
  18. salam kak rose,

    thanks sebab bagi info berguna. semoga cepat sembuh Farraa doakan.

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum kak rose,..

    tq berkongsi caranya itu,..salam kenal dr saya yg first time dtg cni,...semoga kak rose cepat sembuh yaa...."miaduniaku"..tq :)

    ReplyDelete
  20. Terimakasih berkongsi info. Sungguh bermanfaat.
    apapun semoga Kak Rose segera sembuh dan kembali menceriakan blog dengan cerita dan resipi sedap!

    ReplyDelete
  21. Khairani, salam kenal jugak...

    sama2 kita sharekan info yg bagus ni... mana tau jadi perlu pulak satu hari nnti kan...

    ReplyDelete
  22. Azie, sama2.

    esok nak kena g bukak balutan tu... harap2 semuanya ok la.

    ReplyDelete