Monday, September 10, 2012

Xtvt hujung minggu

maccoron n fresh cherry

Salam hari isnin yg mudah2an ceria sepanjang hari.... dah dua hari rumah maya ni x terjenguk dek kebzian tuan tanah.... maklumlah jemputan open house yang belum habis... yalah raya sebulan kan, jemputan kenduri yang perlu dihadiri jugak.... pagi ni baru nak mengupdate rumah ni dapat panggilan pulak dari kawan setaman perumahan ni yg sepatutnya mengadakan open housenya petang ni telah kena rompak malam tadi. kak rose pun g la sekejap bertanyakan kabar... dia sekeluarga tiada dirumah masa tu dan bila balik jer tengok pintu dah terbuka dan barang bersepah2 dalam rumah....habis barang kemas, lappy n phone semua kena kebas... tp nasib baik mmg pencuri tu bodoh betul, siling emas berharga 50k yg disimpan sekali dengan barang kemas tu dia x amik... maklumlah rupa pun macam duit 50 sen jer, mungkin padanya mmg x de harga la kan... dan pagi ni polis akan datang buat siasatan sekali lagi!

majlis pertunangan anak kawan pada hari sabtu.... bakal menantu dan bakal mak mentua selepas menyarungkan cincin pertunangan. tahniah buat zam n nozan yg bakal menerima menantu dalam masa setahun lagi.

buah tangan dari bakal pengantin....

dan isi dalam cup yang cantik tu...

semalam pulak .... kak rose g sini, family day tempat keja hubby, tp sayang anak bujang mama x dapat join sbb kena daftar balik di U pagi tu... so dia bertolak ke Melaka dan mama n ayah ke family day ni. punya lah jem sbb banyak jalan yg ditutup sempena larian adidas.

rombongan cik kiah bergambar dibawah pergola....

cuaca tengahari yang panas.... x ramai yang nak berendam masa ni....

jambatan gantung n flying fox area

snap gambar ni masa naik escalator nak balik dah...

on the way out... gajah beso depan hotel... macam real size je gamaknya gajah ni!

4 comments:

  1. Assallamualaikum k Rose..

    Masyallahhh..kesiannya kawan k Rose yg rumahnya dirompak tu.. Semoga manusia yg menyusahkan org lain utk kesenangan sendiri tu, Allah bg pembalasan yg setimpal..

    Wah kak..berendam sakan ke di SLagoon tu???
    Anak k Rose belajar di mana di Melaka tu ye?

    ReplyDelete
  2. Wah! memang penuh ke"bz"an kak rose tu... banyak betul aktivitinya :D

    ReplyDelete
  3. seronoknya akak pegi sunway lagoon...

    ReplyDelete