Asalamualaikum dan selamat petang..... kali ni kak rose nak tepek begedil daging yang kak rose buat untuk projek akan datang ni.... nak kena buat banyak, jadi kak rose kena sediakan sikit2 agar bila nnti sampai harinya x lah kelam kabut nak siapkan semuanya kan... lagi pula kak rose x dak assistant, semuanya kena siapkan sendiri... so buatlah sikit2, 1kg kentang at one go n masuk dalam freezer nnti tinggal nak goreng jer kan!
resepi begedil ni kak rose dapat dari sini, terima kasih share resepi ya dan kak rose mintak izin nak kongsikan kat sini lak....
Bahan-bahan
1 kilo kentang (dikupas kulit)
400 gram daging (direbus dan dicincang halus, juga boleh ditukar dengan ayam jika mahu) (kak rose guna daging cincang)
50 gram daun bawang (dipotong halus)
50 gram bawang goreng
2 tangkai cili dipotong halus (untuk pedas, boleh tambah mengikut selera
1 sudu lada sulah
5 sudu tepung serbaguna (atau tepung goreng ayam)
3 biji telur (dipukul)
sedikit garam.
Minyak masak untuk menggoreng.
Cara memasak
Rebus kentang sehingga empuk. Kemudian toskan dan lenyekkan.
Campurkan kentang yang telah siap tadi dengan daging, daun bawang, bawang goreng, cili, lada sulah, garam dan tepung serbaguna. Gaulkan sehingga sebati dan menjadi doh.
Bentukkan doh tadi menjadi doh bulat yang lebih kecil.
Panaskan minyak menggoreng. Celup doh yang telah dibentuk tadi ke dalam telur dan goreng sehingga kuning keemasan. Tidak perlu menggoreng lama kerana bahan-bahan tadi telah pun dimasak terlebih dahulu.
Angkat dan siap dihidang.
terliur pulak bila tgk bergedil kak rose ni...
ReplyDeletenk buat byk lg Kak Rose??? akak nk buat open house ker?? jgn lupa jmpt yer..hihi
ReplyDelete