Thursday, August 16, 2012

Kole kacang versi malas...

ni dia kole kacang versi malas kak rose.... kole kacang minus the tahi minyak! malas sungguh nak buat tahi minyak tu, so olah sendiri guna je minyak masak biasa tu, alhamdullilah menjadi. mintak maaf banyak ya che'iza sbb kak rose dah derhakakan resepi asal kuih sedap nih!

walaupun tanpa tahi minyak, tetap sedap ditekak kak rose untuk bukak pose semalam.

resepi asal dari che'iza @ Myr... mekasih ya dan kak rose mintak izin nak kongsikan kat sini lak....

Bahan-bahan ( 7-8 orang )
  • ** 1 cwn santan pekat
  • * 1 cawan gula merah
  • * 2 sb gula pasir
  • * 1 cwn air
  • * beberapa helai daun pandan disimpul
  • 2 cwn santan
  • 1 cwn tepung kacang hijau
  • secubit garam

Cara-cara

  1. Masak bahan ** sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ambil tahi minyak yg terhasil dan biarkan lebihan minyaknya dlm kuali.
  2. Masak bahan bertanda* sehingga gula larut sejukkan dan ketepikan dulu.
  3. Masukkan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah dlm satu bekas kacau hingga sebati.
  4. Masukkan adunan tadi dlm kuali yg berisi lebihan minyak kelapa tadi.Selalu di kacau agar tak bergentel nanti. Masak hingga pekat, tuang adunan dlm bekas atau loyang.
  5. Bila adunan sejuk bolehlah dipotong, terlebih dulu taburkan dgn tahi minyak... Siap...

ni versi rajin yang kak rose pernah buat dulu...

2 comments:

  1. Kak Ros salam lebaran.Selamat hari Raya dan maaf zahir Batin ya.kak Ros balik kelantan tak?
    koleh kacang tu kita suka sangat tapi tak pernah buat.

    ReplyDelete
  2. Lama dah saya tak makan kuih Koleh Kacang nih. Nak beli pun saya tak minat sebab saya suka yang mak mertua saya buat jer...

    ReplyDelete