salam tengahari jumaat dan x berapa hari lagi kita akan merayakan Aidilfitri... pastinya para surirumah sibuk membuat persiapan hari raya terutama menyediakan cookies. bila tengok ramai yang tayang cookies kak rose nak jugak rasa teruja menyambut hari raya. dan ari ni kak rose buat 2 jenis, satunya biskut badam madu ni... sebenarnya list dah panjang tp bila nampak resepi ni terus je nak buat... tolak tepi list yg dah ada. pagi tadi nampak resepi ni dari Dapur CT dan ni lah hasilnya, wpun x secantik CT punya!
CT, kak rose cnp resepinya n kongsikan kat sini ya, terima kasih banyak2 share resepi cookies ni.. tp mintak maaf banyak2 sbb x dapat nak backlink. kak rose buat 2 adunan, so doublekan all the ingredients.
Bahan-bahan :
125 gm butter - suhu bilik
2 sudu besar madu
50 gm gula icing - ayak
180 gm tepung gandum
1 sudu besar susu tepung
75 gm serbuk badam
1/2 sudu teh baking powder
1 biji kuning telur - sapu atas biskut
Hiasan :
kepingan badam secukupnya
Cara-cara :
1. Panaskan ketuhar 170 C selama 10 minit. Bakar adunan biskut rak paling bawah dan guna api bawah sahaja.
2. Masukan butter dan gula icing dalam mangkuk adunan dan pukul hingga kembang dan putih. Tambahkan madu dan pukul sebati.
3. Masukan tepung gandum , baking powder, susu tepung yang diayak kedalam mangkuk adunan dan badam. Gaul rata. Jika adunan lembik boleh ditambah sedikit tepung dan uli menjadi doh yang lembut.
4. Gelek adunan atas meja yang ditabur sedikit tepung setebal 1/4 inci dan terap dengan acuan pilihan. Jarakkan adunan dalam 1 1/2 inci.
5. Sapu kuning telur atas biskut dan letak badan hiris dan tekan sedikit.
6. Bakar biskut selama 15 minit hingga tepi biskut perang keemasan. Sejukan atas loyang 2 minit dan sejukan sepenuhnya atas rak dawai dan simpan dalam bekas kedap udara.

salam kak ros..
ReplyDeletetergoda dgn kukis nie..dtg mintak resepi yer..mintak halal yer kak:)