Thursday, June 7, 2012

Apam gula hangus

salam dan selamat pagi semua.... pagi2 hari dah nak tepek apam yang kak rose buat semalam lagi.... baru habis brisk walk atas treadmill jer pun, tp peluh macam kena hujan... kuyup sampai kawan kata ada mutiara tergantung kat hujung telinga! kalau lah itu menjadi kenyataan, kayo den! sambil tunggu peluh kering apa lagi.... ngadap komputer le jawapnya. boleh jugak kak rose mengupdate rumah ni kan, walaupun apamnya tinggal bekas2 jer....

resepi dari Myr oleh hazz63, kak rose kongsikan kat sini ya. mekasih share.

Bahan-bahan
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air (kak rose buh 3/4 cup jer)
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 sudu teh soda bikarbonat.
  • 1 1/2 cawan tepung gandum.
Cara-cara
  1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan
  2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit
  3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
  5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit. (kak rose kukualam 15mts sbb guna acuan kecik2)
  6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik.
  7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.

4 comments:

  1. salam kak ros, apa khabar??

    aduh...sedapnyer kalo dapat makan apam petang2 gini...nak cubalah esok lusa..insyaalah...

    ReplyDelete
  2. Assalam kak Rose.
    Feveret saya ni...dah tinggal bekas ke?.Ingat baru nak mintak 2 biji.

    ReplyDelete
  3. salam kak rose..mtk laa 3 4 biji mengguda laa

    ReplyDelete
  4. Apam ni kegemaran kami sekeluarga... buat satu adunan hasilnya banyak! Sedap...

    ReplyDelete