Friday, June 29, 2012

Abok-abok

salam dan selamat pagi semua.... dah lama rasanya x buat abok-abok pebret ni. apa saja kuih yg berasaskan sagu mmg jadi pebret kak rose. gigih malam2 g kedai dengan uniform malam saja nak bli sagu ni. bila teringin nak makan mengalahkan orang mengidam.... dan dan tu jugak nak makan! gila apakah? abok-abok ni kak rose buat petang untuk minum petang semalam.... tp kenapa ada sagu biji yg masih putih2 x kembang sepenuhnya. frust tau cenggini!

resepi dari Myr oleh cikgunita, mekasih ya kerana share resepi pebret kak rose ni.... izinkan kak rose kongsikan kat sini lak ya. siksa sungguh keras tangan kak rose nak buat calong kelongsong tu... ada saja yg terbarai2 jadinya! haissshhhhh!!!

Bahan-bahan
  • 2 cawan sagu biji.
  • 2 cawan kelapa parut putih
  • 3 sudu makan gula merah
  • 3 sudu makan gula pasir
  • secubit garam.
  • 10 calong daun pisang. Lidi penyemat

Cara-cara

  1. Basuh sagu dan toskan 5 minit.
  2. Gaulkan sagu dengan kelapa. Tambahkan garam.
  3. Campurkan gula merah dengan gula pasir.
  4. Masukkan 2 sudu campuran sagu ke dalam calong daun pisang. Kemudian sendukkan 1/2 sudu campuran gula dan akhirnya masukkan 1 sudu campuran sagu.
  5. Tutup calong dan sematkan dengan lidi. Kukus kuih lebih kurang 10 minit. Siap.

2 comments:

  1. kita suka mkn ni tapi xpandai buat...huhuhu

    ReplyDelete
  2. ni kalau kita buat mesti terkial2 nak tutup kelongsong tu.. pas tu time makan berterabur.. hihihi..

    ReplyDelete