Monday, May 14, 2012
Kebizian hari jumaat lepas....
salam hari isnin yg ceria... mmg ceria je cuaca pagi ni dengan matahari yg terang bersinar sejak awal pagi lagi. dan harap2 hari2 kita semua akan seindah cuaca pagi ni ya.... happy dalam memulakan minggu yang baru. Insyaallah.
entry tertunggak pun kak rose nak cerita kat sini jugak, biarpun dah basi.... saja buat kenangan dikemudian hari... hari yg bz buat kak rose, maklumlah x pernah masak banyak2 cenggini. kalau ada pun masa buat open house during hariraya jer, tp kali ni kawan mintak tolong masakkan untuk buat majlis yasinan kat rumah dia pada hari sabtu.... dan dia mintak kak rose masakkan laksa johor yg renyah tu.... so hari jumaat lepas balik dari SDMC terus lah kak rose memulakan projek buat kuah laksa tu.... maklumlah buat keja sorang2, so biarlah mulakan dari awal, jangan nnti kelamkabut x siap kan.... dengan lima kilo ikan nak debone, blend sampailah siap suma buat sorang2, pun dah menjelang tengah malam.... dah yang paling leceh bila nak siapkan ulam2 untuk laksa johor tu... timun yang nak dipotong bulat2 jurai tu yg paling amik masa! keras tangan kak rose nak siapkan timun tu.... pas tu barulah potong kacang, bawang merah, daun kesum, asam limau dan siang taugeh. jugak rebus 6 packets of spaggheti..... yang ni kak rose buat pagi sabtu pulak.... lega rasanya bila laksa ni dah siap. sayang kuah laksa yang seperiuk beso dan segala condiments nya kak rose lupa nak amik gambo!
tepung pelita dalam cup ni dia mintak kak rose tolong buatkan jugak.... 3 adunan dan dapatlah 72 cups... jenuh nak tuang satu2 dalam cup ni, nasib baik anak bujang ada rumah bolehlah tolong susunkan cups ni dalam tray, senang mamanya nak isikan satu2. walaupun sedikit renyah nak buat tp bila tengok tetamu dia suka dengan tepung pelita ni, kak rose pun tumpang gembira.... mekasih pada Yani kerana resepinya.
malam tu sambil menunggu renehkan kuah laksa tu, kak rose buatkan dia puding roti marble ni.... sebagai buah tangan untuk majlisnya.... 3 loyang 3 adunan dan 3 kali kak rose masak.... maklumlah x reti nak masak sekali banyak2.... takut nnti x tau nak bagi evenly, naya jer kan. so biar lambat asalkan selamat n menjadi walaupun rupa sememeh sana sini tp rasa ttp umph gitu! mekasih hana yg perkenalkan resepi mudah ni.
since mama sibuk, x dapat nak masak untuk dinner, soh anak g pizza hut... laju jer dia g and tapau sbb mama x leh nak pegi sama.... hot pair deals - 2 large super supreme pan pizza untuk kami 3 beranak. tamak kan?
suburnye daun kesum...suka tgk.salam kenal, pertama kali LM singgah sini.
ReplyDeletewah kak rose.. rajin betul sedap2 menu tu.. cantik memarble he he he eh.. ader pizza.. wah semua sedap he he he
ReplyDeletesalam rose. sebut laksa teragak pulak bundo ni nak makan laksa.
ReplyDeleteRajin ros buat roti tu sampai berdulang dulang.
buat lerr tepung pelitaa :)
ReplyDelete