Wednesday, April 11, 2012

Nasi lemak n sambal ayam penyet

heavy bekpes n lunch dah leh skip ni......

selamat bercuti2 dan bermalas2an.... masak nasik lemak dengan sambal ayam penyet ni atas permintaan. kan senang mama nak masak kalau ada orang yg suggest nak makan apa... x la mamanya ni poning palo nak mike apa yg nak dihidang untuk keluarga kan.... sejak pertama kali dapat makan nasi ayam dengan sambal ayam penyet tu, terasa pulak nak lagi, kali ni gandingkan dengan nasik lemak pulak.... mmg mabeles la sambal tu... begitu lah review pada ramai yang telah mencuba sambal ni....

resepinya dari Ijan yg digandingkan dengan nasi ayam penyet tu...

Untuk Sambal
  • Sedikit minyak masak
  • 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan (kak rose x bubuh, tp ttp umphhh!!!)
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit (kak rose buh banyak2 ikan bilis tu....)
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa
  • (kak rose buat separuh je dari bahan2 ni dan 4 biji je cili api!)
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.(kak rose skip yg ni...)
  7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

nasi lemak dengan sambal ayam penyet dan segala neka sampingannya..... fish fillet, chicken fingers, ikan bilis goreng, telor mata, timun dan juga sambal ikan bilis yg x terenter frame.... kesian sambal tu kan, mentang2 dah ada sambal ayam penyet, macam diketepikan pulak dia!

11 comments:

  1. Nak nanges tgk nasi lmk kak rose nih..td bekpes nk buat nasi lmk tp terkensel sbb anak request mi goreng dgn donuy.huhuuuu..esok la kot. X pun ptg kang.haha

    ReplyDelete
  2. salam kak rose..

    sungguh meyelerakan nasi lemak dihari cuti2 begini..masak byk2 hingga ke ptg boleh makan.. :-)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Rose,
    sedapnya nasi lemak, sedapnya sambal ayam penyet...memang betul tu, orang kata kalau nak rasa sambal yang betul2 sebati, meresap segaa rasa kena 'menginap' dulu satu malam... panaskan semula.

    ReplyDelete
  4. Kak Ros sedapkan sambal ayam penyet tu.Minggu lepas Ros buat sebotol dan simpan dalam peti.Hubby dan anak2 nak makan ambil je dalam peti.

    ReplyDelete
  5. hai kakrose...rasa lapar la pulak saya ni...sedap jer nnpk jer nasi lemak ayam penyet tuu...

    ReplyDelete
  6. HaSue, jangan nanges ya.... esok boleh buat pulak!

    ReplyDelete
  7. naimah, mmg masak sekali jer pun, makan sampai petang. kalau larat lah

    ReplyDelete
  8. Waalaikumsalam Amie...

    simpan semalaman lagi tambah umph gitu.... bertambah2 nasik lemak!

    ReplyDelete
  9. Ros, sekali buat terus berkenan ditekak... tu yg berulang buat... banyak2 lak tu boleh simpan. nak makan tinggal senduk je kan.

    ReplyDelete
  10. ainnoraini, kalau ada masa boleh cuba... sambal tu mmg sedap taw!

    ReplyDelete