Friday, March 2, 2012

Begedil daging beger

Salam Jumaat penghulu segala hari.... pada yang bekerja tu pasti ada long lunch kan.... ada banyak masa nak g shopping2 n makan. dan hari pun baru je terima gaji, lagi la panjang langkah kan.... buat kak rose yg x de keja ni hari2 pun boleh long lunch tapi kat rumah je la. selongkar dapur kawan2 cari apa yang boleh dimasak untuk lunch. tp yg pasti cari yang senang2 nak menyediakannya dengan bahan2 apa yang ada kat rumah jer....so bila pagi td ternampak bergedil daging burger ni kat rumah Diana teruslah kak rose nak membuatnya kerana pegedil apa pun isinya tetap jadi pebret kak rose..... kalau tapau nasik kat luar mesti ada pegedil ni salah satu lauknya! jawa sangat kan... kali ni wat sendiri, besar gedabak saiznya.... tp 2 keping jugak kak rose melantak!

meh kak rose kongsikan resepinya yg dicnp dari rumah Diana, terima kasih bebanyak pada tuan punya resepi asal iaitu Zack, juga pada Izah dan semua yg telah memanjangkan resepi yang sedap nih!

Resipi Oleh ~ Zack @ Aku. Zack. ( TQ )
Sumber Dari ~ Izah @ Izah Muffin Lover ( TQ )

Menghasilkan 16 -18 biji kecil atau bergantung pada saiz.
(kak rose dapat 4 biji jer... saiz lebih besar dari daging beger tu...)

Bahan²
2 biji kentang saiz sederhana besar
Sedikit garam
1 keping daging burger
Daun sup / daun bawang dicincang _ optional
1/2 - 1 sb tepung jagung
1/2 sudu teh perencah pati ayam Tumix _ ( Diana tambah ) (kak rose guna pati ayam megi)
1/2 sudu teh Maggi seasoning _ ( Diana tambah )
Sedikit serbuk lada hitam _ ( Diana tambah )
bawang goreng - yg ni kak rose tambah


Bahan² A
1 biji telur _ dipukul sedikit + secubit garam
Minyak untuk menggoreng

Cara²

  1. Basuh dan buang kulit kentang.
  2. Rebus kentang dalam air bergaram sampai tenggelam hingga empuk.
  3. Menggunakan garfu, lenyek-lenyekkan kentang hingga lumat ( ketika kentang masih panas ).
  4. Bila kentang agak suam, masukkan daging burger ( defrost dahulu ), daun sup/daun bawang ( jika guna ), perencah pati ayam, serbuk lada hitam dan Maggi seasoning. Gaul sebati.
  5. Masukkan 1/2 sb tepung jagung dan gaul sebati. Adunan jangan terlalu kering atau terlalu basah, takut berderai atau hancur semasa goreng.
  6. Kalau nampak basah, tambah lagi 1/2 sb tepung jagung.
  7. Ambil segenggam adunan, kepal-kepalkan sedikit dan bulatkan dengan kedua-dua tapak tangan. Leperkan sedikit dan susun atas dulang/pinggan. Buat sampai adunan habis.
  8. Simpan dalam peti sejuk dahulu sementara panaskan minyak dalam kuali ( untuk mengelakkan begedil hancur ).
  9. Celup adunan begedil satu per satu ke dalam telur dan goreng dalam minyak yang sederhana panas.
  10. Jangan selalu diterbalikkan, cukup bila satu permukaan sudah nampak keperangan baru terbalikkan begedil untuk masak permukaan yang lagi satu.
  11. Angkat dan toskan atas paper towel.

12 comments:

  1. sama la kita kak rose, Liza pun suka ngn bergedel jugak, xkira la bergedel ape pun...wpun yg pasti Liza bukan org jawa....hihihihhi

    ReplyDelete
  2. pantas! tun baru terliur tgk kak diana buat td..

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Rose.. penggemar bergedil dah datang.. he he he sukkeerrnyer.. betul kak kadang tu mkn nasi panas2 ngan bergedil.. kadang tu makan cicah sos n matonis gitu jek he he he rajinnyer..

    ReplyDelete
  4. Liza, sampai hubby kata x de lauk lain ker? suka ratah gitu jer..

    ReplyDelete
  5. tun, buat untuk lunch td... makan cam tu jer. sedap!

    ReplyDelete
  6. Erma, rupanya bukan kak rose sorang jer penggemar begedil... apa pun isinya, ttp suka!

    ReplyDelete
  7. wooww... besor lagi senang nak mkan. makan dia aje kan. saya ada anak2 kecik mmg suke buat kecik. senang diorg nak makan. kalau beso gini min je banyak dari dimakan. hehe

    cantik lah pulak, sebijik kak diana nye

    ReplyDelete
  8. cepat kak rose buat ye..hehe

    ReplyDelete
  9. saya pun suka begedil
    biasa buat guna daging cincang
    nanti boleh try resepi ni pulak :)

    ReplyDelete
  10. Izah, buat beso2... sebeso tuannya senang nak ngap!

    mmg betul2 copy Diana punya la tu!

    ReplyDelete
  11. kasih guna apa yg kita rasa sedap pun kira ok la kan... selamat mencuba ya!

    ReplyDelete